v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Menyelamat dan Melindungi Warisan Budaya yang Terjejas dalam Gempa Bumi Wenchuan
2008-07-07 09:12:38 CRI

Gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter telah melanda kawasan Sichuan China pada bulan Mei yang lalu. Akibat sebahagian seniman tempatan terkorban dan banyak muzium tempatan yang rosak teruk. Di kawasan yang didiami oleh etnik minoriti China, khususnya, warisan budaya mereka mengalami kerosakan dan kemusnahan. Dalam kerja pembinaan semula di kawasan tersebut, pakar dan sarjana yang berkaitan dari pelbagai peringkat China memberikan perhatian kerja untuk mengekalkan ciri-ciri asal kebudyaan etnik tempatan.

Yang saudara pendengar nikmati tadi ialah bunyi sejenis alat muzik, tradisional etnik Qiang, iaitu seruling Qiang.

Etnik Qiang ialah salah satu etnik minoriti yang mempunyai sejarah paling lama di China. Pada zaman purba China, orang etnik Qiang ini tinggal di barat laut China dan mereka berhijrah ke Provinsi Sichuan secara beransur-ansur. Mereka suka tinggal di rumah berbatu di lereng gunung, dan digelar "etnik yang tinggai di atas awan ". Selain daripada rumah, pakaian, lagu dan tarian, alat muzik mereka juga amat istimewa dan unik.

Sekarang ini, jumlah orang etnik Qiang ialah 300 ribu orang dan 80% daripadanya tinggal di kaunti Mao, kaunti Wenchuan, kaunti Li dan Kaunti Heishui yang terletak di Zhou Autonomi Etnik Zang dan Etnik Qiang, Aba dan Kaunti Autonomi Beichuan, Sichuan China. Di luar dari jangkaan, semua kawasan tersebut dilanda gempa bumi yang hebat.

Gempa bumi yang berukuran 8 pada skala Ritcher memusnahkan pekan dan tempat tinggal etnik Qiang. Pewaris etnik Qiang, He Wangquan ialah seniman yang terselamat dalam gempa bumi kali ini. Walaubagaimanapun, banyak seniman yang terkorban dan alat muzik yang bernilai lenyap.

"Kebanyakan bangunan tradisional kami runtuh dan artifak-artifak muzium kaunti Mao rosak teruk. Banyak alat muzik yang amat bernilai tertimbus di bawah runtuhan bangunan lalu hilang. Muzium Kebudayaan Beichuan hampir musnah dalam gempa bumi kali ini dan semua stafnya meninggal dunia. "

Gempa bumi itu memusnahkan muzium di Beichuan dan kaunti Mao. Di Beichuan, terdapat lebih 400 artifak yang bernilai dan data pembancian tertimbus dalam bangunan yang runtuh; bangunan tradisional etnik Qiang seperti rumah awam dan jambatan semuanya rosak. Etnik Qiang hanya mempunyai bahasa lisan dan tidak mempunyai tulisan sendiri. Kebudayaan etnik itu bergantung pada pewarisan daripada generasi tua kepada generasi muda. Namun, kebanyakan pewaris tua yang pandai sejarah dan kebudayaan etnik Qiang meninggal dunia dalam gempa bumi kali ini.

Sebagai pewaris badaya etnik Qiang, He Wangquan sentiasa berusaha untuk melindungi dan menyebarkan budaya dan seni etnik ini. Beliau membuat seruling Qiang sendiri dan mengumpulkan lagu-lagu etnik Qiang. Beliau juga mengadakan kursus dan menerima lebih 10 orang murid sebagai pelajar. Sekarang, beliau menumpukan perhatian untuk mencatat, mengumpul lagu-lagu tradisional etnik Qiang dan mengajarkan lagu-lagu tersebut kepada generasi muda.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |