v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Menyelamat dan Melindungi Warisan Budaya yang Terjejas dalam Gempa Bumi Wenchuan
2008-07-07 09:12:38 CRI

Selain daripada beliau, terdapat juga ramai sarjana dan staf yang berusaha untuk menyelamatkan warisan budaya etnik Qiang. Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika memimpin kerja menyelamat di kawasan bencana, mengatakan bahawa usaha mesti dibuat untuk melindungi budaya dan tamadun purba etnik Qiang. Naib Ketua Pengarah Pusat Perlindungan Warisan Budaya Bukan Benda China, Encik Zhang Qingshan memberitahu wartawan bahawa pihak yang berkenaan sedang giat berusaha untuk mengurangkan kerugian warisan budaya etnik Qiang. Beliau berkata:

"Satu prinsip telah ditetapkan pada permulaan, iaitu ketika membantu rakyat tempatan memulihkan hidup mereka, adat resam dan kebiasaan mereka juga perlu dihormati. Kematian para seniman tua adalah kerugian yang besar dan ini telah menjadi hakikat. Namun, apa yang perlu kita buat ialah mengurangkan kerugian itu."

Tidak lama selepas gempa bumi itu berlaku, Jabatan Artifak Negara segera menghantar kumpulan pakar ke kawasan bencana itu untuk memimpin kerja menyelamatkan artifak di sana. Kementerian Kebudayaan China menganjurkan forum khas tentang kerja pembinaan semula di kawasan bencana. Pelbagai pertubuhan dalam kalangan rakyat juga mewujudkan kumpulan khas, menjalankan pemeriksaan dan penyelidikan, mengumpulkan maklumat dan memberikan cadangan kepada kerajaan sebagai rujukan.

Naib Ketua Pengarah Pusat Perlindungan Warisan Budaya Bukan Benda China, Zhang Qingshan menegaskan bahawa adat resam dan kebiasaan etnik minoriti yang asal mesti dihormati dalam proses pembinaan semula. Beliau berkata:

"Kerugian yang diakibatkan oleh bencana alam tidak boleh dielakkan. Kampung halaman etnik minoriti mempunyai kaitan yang rapat dengan alam sekitar mereka. Jadi, adat resam, kehendak penduduk tempatan mesti dihormati dalam proses pembinaan semula. Kita tidak akan membina kampung yang baru yang tidak berkaitan dengan adat resam etnik minoriti."

Akhir-akhir ini, kerajaan China mengumumkan "Peraturan Pembinaan Semula". Selepas Gempa Bumi Wenchuan". Berdasarkan peraturan itu, kerja pembinaan semula mesti dijalankan dengan melindungi dan menghormati tradisi dan budaya asal pelbagai etnik minoriti. Naib Menteri Kebudayaan China, Zhou Heping memberitahu wartawan bahawa satu kawasan perlindungan kebudayaan perlu dibina untuk melindungi kebudayaan etnik Qiang.

Yu Guangyuan yang berumur 59 tahun ialah pewaris seni tari etnik Qiang. Kampung beliau terletak di Kaunti Mao, kawasan perlindungan kebudayaan. Beliau pernah menyertai forum yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan China dan mengakui bahawa program itu adalah saintifik. Beliau berkata:

"Program ini agak baik. Terdapat ramai penduduk etnik Qiang di Kaunti Mao dan 80% daripada jumlah mereka bertuturan bahasa Qiang. Alam sekitar mereka mengekalkan ciri-ciri tradisional etnik itu. Suasana budaya makan, pakaian, adat resam, muzik dan tarian akan dipelihara dengan baik."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |