Selama sejahtera, saudara pendengar. Selamat mengikuti ruangan "Rentak Suka Ramai" kali ini. Saya Kartiko, penyiar setia anda. Baru-baru ini persembahan nyanyian bersama rakyat Beijing bagi menyambut ketibaan Sukan Olimpik telah diadakan di Pusat Sukan Olimpik Beijing. Seramai 4000 orang daripada pelbagai kalangan masyarakat Beijing serta bintang-bintang sukan dan seni berkumpul dan menyanyi bersama bagi menyambut temasya Sukan berprestij itu. Pada kali lalu, saya telah memperkatakan bahagian pertama aktiviti itu. Dan dalam ruangan hari ini, saya akan terus memperkenalkan keadaan tentang bahagian kedua aktiviti itu.
Lagu yang saudara dengar tadi ialah lagu "Hand in Hand" yang dinyanyikan oleh Zhu Hua dan Kumpulan Penyanyi Alilang. Lagu itu lagu tema Sukan Olimpik Soeul, Korea pada tahun 1988. Lagu ini melodinya merdu dan disebar dengan luas. Mantan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Juan Antonio Samaranch menganggap ini lagu tema yang paling baik dalam sejarah Sukan Olimpik.
Zhu Hua menyatakan semasa diwawancara bahawa dia berharap Sukan Olimpik Beijing juga dapat menghasilkan lagu tema yang sama baiknya dengan lagu "Hand in Hand".
Zhu Hua berkata,"Ini lagu klasik yang sering-sering dinyanyi. Saya berharap dalam Sukan Olimpik Beijing juga ada lagu yang boleh menyebar di seluruh dunia. Semua orang sedang berusaha keras bagi hal itu."
Persembahan itu ialah salah satu aktiviti Pesta Kebudayaan Olimpik Beijing 2008. Para peserta melalui menyanyi lagu sukan, wawancara dan video pendek mengenangkan sejarah pembangunan usaha sukan China baru, dan memperlihatkan wajah dan semangat atlet China.
1 2
|