Yang saudara akan dengar ialah lagu "Marilah, BerSenam" yang dinyanyikan oleh Kumpulan Nyanyian Kanak-kanak Antarabangsa. Bersenam telah menjadi aktiviti sukan yang paling popular dalam orang ramai China.
Seterusnya, kita akan mendengar lagu daripada 8 orang gadis China. Mereka pernah secara sukarela menyanyi di ruang yang ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mesti melewati semasa Beijing memohon hak menganjurkan Sukan Olimpik untuk pertama kali pada tahun 1993. Pada tahun 2001, mereka berkumpul lagi di Moscow untuk memberi sumbangan sendiri kepada permohonan hak penganjuran Sukan Olimpik Beijing. Mereka juga menyertai aktiviti kali ini untuk menyanyi lagu "Lagu Pujaan Olimpik" kepada penonton.
Berikutnya, kita akan menikmati lagu "Panji Merah Berkibaran" yang dinyanyi oleh 4 orang juara Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk, iaitu Lou Yun, Li Na, Li Ting dan Han Xiaopeng serta penyanyi wanita Guo Rong.
Yang menyertai aktiviti itu juga ada juara Sukan Olimpik China pertama, Xu Haifeng, Ratu Ping Pong, Deng Yaping, juara Sukan Olimpik Musim Sejuk Yang Yang dan Ratu Terjun Air Gao Min. Mereka menyatakan harapan yang baik terhadap Sukan Olimpik Beijing.
Yang saudara dengar tadi ialah lagu "Terbang Bersama" yang dinyanyi oleh Tan Jing dan Yan Weiwen.
Akhirnya, semua pesertai aktiviti itu menyanyi sebuah lagu secara bersama-sama, iaitu lagu "Menyanyi untuk Tanah Air". 1 2
|