v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu Sukan Olimpik, "Forever Friends"

2008-09-02 11:52:46 CRI

Lagu "Forever Friends" merupakan lagu Sukan Olimpik yang paling berjaya dan popular di China. Ramai ahli muzik, penulis dan penyanyi yang paling terkenal di China malahan di seluruh dunia telah menyertai penggubahan lagu itu. Dan melodinya yang merdu dan perkasa itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada banyak orang. Maka, dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan lagu Sukan Olimpik "Forever Friends" serta proses penggubahannya.

Yang saudara dengar tadi ialah lagu "Forever Friends". Lagu ini digubah bersama-sama oleh ahli muzik terkenal China, Kong Xiangdong dan penggubah terkenal Itali Giorgio Moroder. Liriknya ada dua edisi, iaitu edisi bahasa Mandarin dan edisi bahasa Inggeris. Lirik bahasa Mandarin dicipta oleh pencipta lagu terkenal China Huang Xiaomao dan dinyanyi oleh penyanyi Tanah Besar China Sun Nan dan penyanyi Taiwan A Mei yang paling popular di China. Lirik edisi bahasa Inggeris dicipta oleh penulis ternama Jerman Michael Kunze, dan dinyanyi oleh Sun Nan dan penyanyi Hong Kong Coco Lee. Lagu itu amat perkasa dan melodinya sangat merdu. Lagu itu telah menyampaikan semangat Sukan Olimpik yang damai, bersahabat dan bersatu-padu.

Dalam edisi bahasa Mandarin, Sun Nan dan A Mei menyanyi, "Orang yang warna kulitnya merah, putih, hitam dan kuning dapat menikmati kehidupan yang sama. Dunia di bawah kakiku, kecintaan ditanam dalam hatiku. Awan yang tuah muncul di langit dan memberikan bahagia kepada manusia. Saya gembira kerana kamu gembira. Kita bernafas bersama dan berusaha untuk mewujudkan impian. Kita sekeluarga dan tinggal di bawah langit biru yang sama dengan selama-lamanya." Sekarang, kita sama-sama menikmati edisi bahasa Mandarin itu dengan sepenuhnya.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |