Dimaklumkan, lagu "Forever Friends" mulai dirancang sejak tahun 2005 dan disertai ramai orang. Ahli muzik dari pelbagai negara telah menyertai penggubahan lagu itu dengan semangat Olimpik. Salah seorang penggubah melodi lagu itu, Kong Xiangdong ialah seorang pemain piano China terkenal di dunia. Beliau memperoleh banyak hadiah dalam pertandingan resital piano antarabangsa dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam bidang muzik antarabangsa. beliau merasa sangat gembira, kerana dapat bekerjasama dengan begitu banyak ahli muzik yang baik untuk Sukan Olimpik Beijing. Seorang lagi ahli muzik, Giorgio Moroder juga ahli muzik terkenal di dunia. Beliau pernah menyertai penggubahan lagu utama Sukan Olimpik Seoul "Hand in Hand" pada tahun 1988. pada tahun 1993, beliau juga mencipta lagu "Good Luck, Beijing" untuk menyokong permintaan Beijing untuk memperoleh hak penyelenggaraan Sukan Olimpik. Kali ini, beliau datang lagi ke China khusus untuk mencipta lagu ini. Kerjasama ahli muzik China dengan ahli muzik asing telah memberikan daya tarikan yang istimewa kepada lagu itu. Dalam lagunya, anda boleh dengar penggabungan melodi lagu tradisional China, "Sungai Liuyang" dengan melodi muzik pop. Dan lagu itu juga menggunakan banyak alat muzik tradisional China, seperti Er Hu dan Suling Bamboo. Unsur tradisional China bergabung dengan muzik moden dengan sangat baik dalam lagu itu.
Penggubah lirik bahasa Mandarin, Huang Xiaomao menyatakan, selepas Beijing berjaya memperoleh hak penyelenggaraan Sukan Olimpik ke-29, dia sangat terangsang dan ingin memberi sumbangan sendiri kepada Sukan Olimpik. Beliau berharap liriknya dapat menyampaikan semangat manusia yang rajin yang kuat. Maka, beliau menggunakan banyak unsur Timur dan memberi tuah kepada setiap orang. Katanya,"Sukan Olimpik merupakan impian bagi saya. Saya masih ingat dengan jelas, ketika Beijing berjaya memperoleh hak penyelenggaraan Sukan Olimpik, Saya justeru berada di Moscow. Saya segera bertelefon dengan keluarga saya, tetapi saya tidak boleh berkata kerana terlalu terangsang. Saya memutuskan untuk memberi sumbangan sendiri kepada Sukan Olimpik Beijing mulai waktu itu."
Lirik edisi bahasa Inggeris digubah oleh penulis Jerman, Micheal Kunze. Beliau pernah menyertai penggubahan muzikal "Cat" dan "Phantom of Opera". Meskipun lirik kedua-dua edisinya sama sekali tidak sama, tetapi kedua-duanya bersifat sederhana dan sangat popular. Kong Xiangdong menyatakan, permintaan saya terhadap lirik bahasa Inggeris ialah mudah bahkan boleh dinyanyi oleh murid gred 3 atau 4 di sekolah rendah China.
Sekarang, kita sama-sama mendengar edisi bahasa Inggeris lagu itu yang dinyanyi oleh Sun Nan dan Coco Lee.
Sukan Olimpik dan muzik merupakan jambatan yang menghubungkan bangsa dengan dunia, dan menjadikan orang yang beretnik berbeza, berusia berbeza, dan tinggal di negara yang berbeza sahabat. Dalam lagu "Forever Friends", kita boleh memahami semangat Olimpik dengan lebih mendalam, dan mengembangkan persahabatan dengan rakyat seluruh dunia. 1 2
|