Dalam ruangan hari ini, saya akan memperdengarkan tiga buah lagu Sukan Olimpik kepada saudara.
Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati lagu utama majlis penutup Sukan Olimpik Beijing yang bertajuk "Obor Kasih Sayang".
Lagu ini digubah berdasarkan irama lagu rakyat tradisi China yang berjodol "Bunga Melur". Selepas digubah semula, lagu ini menyanjung tinggi kasih sayang tanpa batas.
Lirik lagu "Obor Kasih Sayang" ditulis oleh Song Xiaoming dan Yuan Yuan, dan iramanya digubah oleh Bian Liunian. Bian Liunian bertanggungjawab sebagai penggubah dan pengarah muzik dalam persembahan malam gala tahun baru China selama 10 tahun berturut-turut.
Ketika menjelaskan suasana yang disampaikan menerusi lagu ini, Bian Liunian berkata, walaupun obor di Sarang Burung sudah dipadamkan, api kasih sayang dalam hati baru mulai terbakar. Kasih sayang yang tanpa batas ini dijelaskan melalui gabungan muzik timur dengan barat. Bian Liunian berkata,
"Saya berharap lagu yang mewakili perasaan dan kasih sayang orang timur dapat membawa kasih sayang ini ke seluruh dunia, agar penduduk di seluruh dunia dapat menghayati perasaan kami dan saling memahami. Saya rasa, kasih sayang seperti ini tanpa batasnya."
Sama seperti lagu utama majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing yang berjodol "You and Me", "Obor Kasih Sayang" pula dinyanyikan bersama oleh penyanyi terkenal dalam dan luar China. Song Zuying merupakan penyanyi lagu rakyat terkenal China, dan merupakan orang China pertama yang menyanyi di Balai Emas Vienna. Suaranya yang merdu masih kekal dengan ciri-ciri China. Placido Domingo pula merupakan penyanyi tenor Sepanyol. Beliau bersama Jose Carreras dan Luciano Pavarotti dikenali sebagai "tiga orang penyanyi tenor seluruh dunia". Pada bulan Jun tahun 2001, mereka bertiga mengadakan konsert di Lapangan Kota Larangan untuk mempromosikan Sukan Olimpik. Beberapa tahun selepas itu, Domingo sekali lagi menyanyikan lagu untuk Sukan Olimpik. Beliau berkata,
"Saya masih ingat pada hari itu, Beijing merupakan salah sebuah bandar yang memohon menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Saya dan rakan amat gembira kerana kami menjadi sebahagian daripada proses permohonan itu. Saya amat gembira kerana kembali ke sini pada tarikh yang istimewa ini. Setiap orang terangsang terhadap Sukan Olimpik. Saya sudah berkunjung ke banyak negara, seperti Mexico, Hungary dan Amerika Syarikat. Penduduk di negara tersebut membangkitkan keghairahan mereka terhadap Olimpik. Saya amat gembira kerana dapat menyertai persembahan ini. Saya menyukai lagu ini. Ia amat merdu."
Meskipun obor Olimpik sudah dipadamkan, akan tetapi, salam persahabatan yang disampaikan kepada seluruh dunia akan diteruskan. Obor kasih sayang yang dinyalakan oleh para seniman dengan penuh keghairahan akan kekal menyala dalam hati mereka yang menyanjung tinggi semangat Olimpik.
1 2
|