v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lagu-lagu Sukan Olimpik

2008-09-11 22:55:05 CRI

Berikutnya, kami hidangkan lagu yang berjodol "Pahlawan China" yang digubah oleh Xiao Wai dan dinyanyikan oleh Shi Mei.

Dalam lagu ini lirik yang didendangkan, "Marilah kita berganding bahu dan mara terus dengan berani. Satu dunia, satu impian. Perhatian dunia tertumpu ke timur."

Sama dengan banyak lagu Olimpik, irama "Pahlawan China" yang sederhana ini amat menggalakkan. Lirik lagu ini menyampaikan pujian terhadap pahlawan Sukan Olimpik.

Penyanyi lagu ini, Shi Mei seorang penyanyi muda. Beliau belajar mendendangkan lagu rakyat semasa berusia 6 tahun, dan membentuk gaya tersendiri yang menggabungkan nyanyian lagu rakyat dengan irama popular. Beliau pandai menyanyikan lagu cinta yang merdu sebelum ini. Tetapi, kali ini beliau mengubah gayanya. Menurutnya,

"Pahlawan China merupakan salah sebuah lagu yang digubah untuk atlet kontinjen China. Pada pendapat saya, pahlawan bukanlah mereka yang memenangi pingat emas, perak dan gangsa. Sebaliknya, semua atlet yang menyertai Sukan Olimpik ialah pahlawan dalam hati kita. Lagu ini mudah dinyanyikan supaya semuanya dapat menyanyikannya untuk para atlet sebagai memberi semangat agar mereka dapat maju terus."

Pahlawan dalam lagu ini bukan sahaja melibatkan para atlet yang memenangi pingat, tetapi juga termasuk mereka yang berusaha ke arah itu. Shi Mei mengutarakan fahaman sendiri terhadap pahlawan menerusi lagunya. Katanya, sebagai seorang penyanyi, beliau menaruh perhatian berat kepada sukan itu dan juga menyertai banyak aktiviti kebudayaan yang bertemakan Sukan Olimpik. Bersama keluarga, beliau menonton pertandingan sukan melalui televisyen dan terharu oleh semangat para atlet.

"Semangat atlet China bukan sahaja mengharukan saya tetapi juga mengharukan penduduk seluruh negara. Lagu saya ini menggalakkan dan juga menyanjung tinggi semangat ini. Walaupun Sukan Olimpik sudah berakhir, semangat Olimpik tetap diperlukan dalam hidup kita pada masa akan datang. Kehidupan merupakan sebuah pentas yang besar dan manusia para pelakunya. Oleh itu, saya berharap agar semuanya dapat melaksanakan peranan sendiri dan mewarisi semangat Olimpik ini. Marilah kita berusaha bersama-sama."

Sekarang, marilah kita nikmati "Pahlawan China".

Seterusnya, silalah nikmati sebuah lagu Olimpik yang istimewa yang berjodol "Kita Menyanyi". Penggubah lirik, penyanyi dan pencipta lagu ini merupakan orang Cina di seberang laut.

Pada pandangan ramai orang Cina, penganjuran Sukan Olimpik di Beijing merupakan suatu kebanggaan. Maka, mereka menubuhkan sebuah forum muzik yang mengumpulkan penggemar amatur muzik di Internet dan melancarkan aktiviti pengumpulan lirik lagu besar-besaran. Orang yang bertanggungjawab terhadap forum ini, Lao Zhong memaklumkan, selepas aktiviti itu dimulakan, pihaknya menerima banyak karya dari seluruh dunia. Walaupun peserta aktiviti ini bukanlah pemuzik profesional, tetapi mereka yang mempunyai inisiatif menyertainya.

Lirik lagu ini mengutarakan kerinduan dan kasih sayang orang Cina terhadap tanah air. Biarpun pada masa lalu, mahupun pada masa kini, apa yang dialami di tanah air menarik perhatian mereka.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |