v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Majlis Perasmian Sukan Paralimpik Beijing

2008-09-18 10:10:44 CRI

Dua minggu selepas Sukan Olimpik Beijing tamat, Stadium Negara, "Sarang Burung" menyambut pula majlis perasmian Sukan Paralimpik. Majlis tersebut mengambil bentuk cerita pari-pari, memuji mereka yang tidak henti-henti berusaha untuk memperkuat diri.

Pada pukul 8.00 malam 6 September, lantai Stadium Negara, "Sarang Burung" menjadi biru dengan cahaya lampu. Warna ini mewakili angkasa, laut, malah bumi, tempat hidup kita. Majlis perasmian Sukan Paralimpik 2008 dimulakan di sini.

Seiring dengan arahan permulaan yang dikeluarkan oleh Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Philip Craven, lebih 900 orang atlet yang memakai pakaian kartun memulakan majlis perasmian itu dengan tarian mereka yang ceria. Mereka membuka sebuah balapan yang berwarna-warni kepada atlet dari seluruh dunia, lalu membentuk lambang Sukan Paralimpik.

Selepas para atlet memasuki Sarang Burung, persembahan kesenian yang menarik dihidangkan yang mempamerkan tema Sukan Paralimpik 2008, iaitu "maju, perpaduan dan berkongsi". Persembahan kesenian dalam majlis tersebut terdiri daripada tiga bahagian, iaitu "Lawatan Ruang", "Lawatan Masa" dan "Lawatan Nyawa".

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan lagu yang berjodol "Angkasa" ialah lagu dalam bahagian pertama "Lawatan Ruang". Ketika alunan muzik bergema, lampu di Sarang Burung dipadamkan. Lebih 90,000 orang penonton menggunakan lampu suluh sendiri untuk melihat lebih jelas. Sarang Burung segera menjadi gemilang seperti sungai bintang. Pada masa itu, seekor burung matahari emas terbang dari jauh. Burung matahari merupakan burung phoenix dalam legenda China. Ia simbol cahaya dan kehangatan. Burung itu terbang menuju ke arah seorang penyanyi cacat penglihatan dengan membawa sinar dan harapan kepadanya.

Persembahan kesenian majlis perasmian Sukan Paralimpik penuh dengan khayalan dan suasana yang gembira. Pengarah Eksekutif majlis tersebut, Zhang Jigang menjelaskan falsafah di sebalik penggubahannya.

"Jika majlis perasmian Sukan Olimpik dianggap sebagai lukisan yang menggambarkan kebudayaan China dan China pada zaman moden serta konsep "satu dunia, satu impian", majlis perasmian Sukan Paralimpik pula dapat dianggap sebagai bumi, halaman hidup bagi manusia."


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |