Zhang Jigang menyatakan, kumpulan pengarah berusaha membawa rasa yang mengharukan penonton dalam persekitaran yang indah, dan menjelaskan satu konsep yang asas, iaitu setiap jiwa perlu dihormati. Ia ada harga diri dan impian tersendiri.

Majlis perasmian Sukan Paralimpik berlangsung dengan amat menarik. Kumpulan penggubah dan pemain menghidangkan persembahan yang paling indah kepada atlet kurang upaya di seluruh dunia. Ia memaparkan keberanian atlet tersebut menggalas cabaran negara dan mengharukan setiap orang. Dengan konsep ini, ramai pemain kurang upaya menunjukkan kebolehan dalam majlis perasmian tersebut. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
Dalam bahagian kedua, pemain utama, Li Yue dalam tarian balet yang berjodol "Menari dengan Tidak Henti-henti" hanya berusia 12 tahun. Beliau kehilangan kaki kiri dalam bencana gempa bumi Wenchuan pada Mei lalu. Walaupun ditimpa malang, beliau tidak pernah melepaskan impiannya yang tinggi terhadap balet. Semasa membincangkan proses penggubahan persembahan ini, Zhang Jigang berkata,
"Saya melihat Li Yue dalam satu liputan berita mengenai pasca bencana Sichuan. Beliau belajar tarian balet kurang dari dua tahun. Dalam liputan berita itu, katanya, walaupun kehilangan kaki kiri, beliau tidak akan melepaskan impiannya terhadap balet. Saya terharu ketika mendengar kata-kata itu. Sebab itulah saya ingin mempelawa Li Yue untuk menyertai persembahan ini."

Li Yue yang memakai skirt balet berwarna merah muda, duduk di atas kerusi roda, memakai kasut balet yang merah pada kaki kanannya dengan sungguh-sungguh. Dengan muzik penggubah Perancis, Maurice Ravel yang berjodol "Bolero", 100 orang penari cacat pendengaran dari Kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya China memakai kasut balet pada tangan mereka, menari dengan gembira mengutarakan perasaan dan harapan dari hati sanubari Li Yue.
Perhatian dan sokongan rakyat terhadap mangsa di kawasan bencana disampaikan, dan impian Li Yue terhadap balet diwujudkan dengan tarian yang berjodol "Menari dengan Tidak Henti-henti" ini.

1 2 3
|