v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Industri Penerbitan China Sepanjang 22 Tahun yang Lalu
2008-09-22 18:42:50 CRI

Ekspo Buku Antarabangsa Beijing ke-15 telah dirasmikan di bandar Tianjin, China pada awal September ini. Sejak ekspo itu dimulakan buat pertama kalinya pada tahun 1986, ekspo ini telah menjadi satu daripada empat pameran buku antarabangsa yang paling terkenal di dunia. Pembangunan ekspo dalam tempoh 22 tahun itu pula menyaksikan pembangunan industri penerbitan China. Lebih 3000 buah syarikat dari 51 buah negara menyertai ekspo itu untuk berbincang tentang kerjasama dalam perdagangan hak cipta.

Naib Presiden Kumpulan Penerbitan Li Pengyi telah mengetuai delegasi kumpulan itu untuk menyertai ekspo ini. Kumpulan Penerbitan China ialah sebuah jabatan penerbitan yang besar skopnya. Kumpulan itu mempunyai 29 agensi penerbitan, 23 buah rantaian kedai buku dan menerbitkan lebih 10 ribu majalah setiap tahun. Pada tahun 2000, Jabatan Buku Zhonghua yang dibawah kumpulan tersebut telah menerbitkan sebuku yang amat laris jualannya, bertajuk: "Tafsiran Puan Yu Dan tentang 'Lunyu'". Yu Dan ialah seorang profesor di universiti. Beliau memberikan tafsiran tentang falsafah Konfusius dengan pendekatan yang moden. Jumlah jualan buku itu mencatat angka 5 juta buah dan mencipta. rekod yang paling tinggi dalam sejarah. Sekarang, hak cipta buku itu telah dijual dalam pelbagai bahasa. Li Pengyi berkata:

"Syarikat Penerbitan Britain 'Macmillan Berhad' telah membeli hak cipta buku tersebut dengan nilai 10 ribu pounds starling. Pada masa yang akan datang, buku itu akan diterbitkan dalam 14 bahasa, termasuk bahawa Jerman, Perancis, Belanda, Itali, Sepanyol dan lain-lain. Penulis buku itu, Puan Yu Dan telah diundang untuk memberikan syarahan tentang budaya tradisional China di Jepun, Republik Korea, Eropah dan lain-lain dan syarahannya mendapat sambutan yang baik."

Li Pengyi berpendapat bahawa sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 30 tahun yang lalu, industri penerbitan China telah berkembang pesat. Berikutan dengan perkembangan itu, lebih banyak jabatan penerbitan China dan penerbitan seberang laut yang ingin mengadakan kerjasama dalam bidang penerbitan sesama mereka. Dengan itu, Ekspo Buku Antarabangsa Beijing pun menyediakan wahana penting ini bagi komunikasi dan kerjasama untuk syarikat China dengan luar.

Ketika mengimbas kembali projek pertama China bekerjasama dengan luar, Li Pengyi memberitahu wartawan: "China menandatangani kontrak pertama 'Penggunaan Bahasa Inggeris Praktikal' dengan Agensi Oxford Britain untuk mengimport buku 'Panduan Bahasa Inggeris praktikal. Menurut kontraknya, China membayar royalti penerbitan kepada agensi itu.'"

Dalam tempoh 20 tahun selepas itu, perdagangan hak cipta antarabangsa China mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1992, China menganggotai "Konvensyen Berne tentang Perlindungan terhadap Karya Kesusasteraan dan Kesenian" dan "Konvensyen Hak Cipta Global", dan mengimport pelbagai buku tentang sosiobudaya, politik dan ekonomi negara-negara barat. Pada lima tahun pertama tempoh itu, China mengimport kira-kira jenis 7000 hak cipta. Pada tahun 2003, China mengimport lebih 12 ribu hak cipta, tetapi hanya mengeksport 900 hak cipta. Keadaan itu tidak dapat memenuhi minat dunia terhadap China yang kian meningkat.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |