v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Industri Penerbitan China Sepanjang 22 Tahun yang Lalu
2008-09-22 18:42:50 CRI

Dalam tempoh Tahun Kebudayaan China-Perancis 2004, China menyertai Pesta Buku Perancis Ke-24. Jabatan penerbitan Perancis menterjemah dan menerbitkan 70 jenis buku China dalam bahasa Perancis dengan bantuan kewangan kerajaan China. Dalam pameran itu, lebih 30% daripada jumlah buku itu telah dijual dalam tempoh 6 hari.

Tidak lama lagi, China akan melancarkan "Rancangan Penyebaran Buku ke Luar", dengan menyediakan bantuan kewangan kepada jabatan penerbitan yang menerbitkan buku China atau memberikan buku China kepada jabatan tersebut sebagai hadiah supaya lebih banyak orang dapat mengetahui pelbagai aspek China secara menyeluruh. Naib Menteri Jabatan Penerangan Dewan Negara China, Encik Li Bing berkata: "Selepas jabatan penerbitan luar negara menandatangani perjanjian untuk membeli buku China, mereka boleh membuat permohonan kepada Kedutaan China di seberang laut, agensi penerbitan hak cipta, Jabatan Penerangan Dewan Negara China atau Jabatan Pentadbiran Am Penerangan China untuk mendapatkan sokongan kewangan. Baru-baru ini, kami telah menandatangani perjanjian bantuan kewangan dengan 108 buah jabatan dari 27 negara dengan nilai sejumlah 30 juta yuan RMB. "

Selain itu, industri penerbitan China juga giat mendapatkan pengalaman dari negara luar untuk menggalakkan pengeksportan hak cipta China. Dalam Ekspo Buku Antarabangsa Beijing kali ini, Agensi Penerbitan Universiti Cambridge dan Agensi Penerbitan Sains Sosial China telah menandatangani kontrak kerjasama. Ketua Eksetutif Agensi Penerbitan Universiti Cambridge, Encik Stephen Bourne menyatakan:

"Kami sentiasa berusaha untuk mencari rakan dagang yang boleh bekerjasama dalam lebih banyak bidang yang baru. Sesetengah pedagang mempunyai keutamaan dalam bidang tertentu seperti bidang ilmu atau pendidikan, manakala kami boleh menyediakan hal-hal yang lain kepada mereka dan tentulah kami boleh bekejasama untuk saling melengkapi."

Sebagai salah satu aktiviti penting dalam ekspo kali ini, Forum Penerbitan Antarabangsa Beijing yang bertemakan "Kecederungan Baru Kerjasama Penerbitan Antarabangsa" telah menarik penyertaan seramai 300 orang tokoh-tokoh yang berkenaan. Para peserta berpendapat bahawa teknologi digital akan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang penerbitan. Naib Ketua Pengarah Jabatan pentadbiran Am Penerbitan dan Penerangan Negara China, EncikYan Xiaohong menyatakan bahawa China akan terus menyokong kerjasama syarikat China dengan luar, juga memelihara dan menyempurnakan perdagangan hak cipta. "Kerajaan China akan terus melaksanakan dasar keutamaan untuk menyokong kerjasama China dengan pihak luar dalam bidang penerbitan dan mencipta lebih banyak karya yang unggul. Di samping itu, kerajaan juga akan meningkatkan usaha untuk membanteras tindakan cetak rompak, membentuk sistem perniagaan hak cipta yang mudah dan menyediakan suasana yang baik bagi kerjasama China dengan luar dalam penerbitan."

Sekarang, kerajaan China sedang menyempurnakan sistem berkenaan untuk menjadikan industri penerbitan China lebih terbuka.

Saudara pendengar, demikian tadi telah kami sampaikan serba sedikit tentang pembangunan industri penerbitan China.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |