v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dewan Baru Perpustakaan Kebangsaan China Siap Dibina
2008-10-06 16:23:37 Agensi Berita Xinhua China

Dewan Baru Perpustakaan Kebangsaan China telah siap dibina baru-baru ini. Dengan siapanya pembinaan dewan baru itu bermakna, Beijing telah mempunyai perpustakaan yang ketiga terbesar di dunia. Perpustakaan itu terletak di bahagian barat Beijing dan dibina pada tahun 1909 dengan nama asal Perpustakaan Beijing. Perpustakaan itu amat terkenal dengan kepelbagaian jenis buku yang menyeluruh dan amat dialu-alukan oleh para pembaca. Menteri Kebudayaan China, Encik Cai Wu menyatakan dalam upacara perasmian dewan baru perpustakaan itu:

"Perpustakaan Kebangsaan Negara yang dibina pada tahun 1909 diberikan tugas untuk menyebarkan warisan kebudayaan China. Perpustakaan itu juga menjadi jambatan bagi pertukaran kebudayaan China dengan negara luar. Sehingga ini, jumlah simpanan bahan perpustakaan itu telah mencecah 26 juta."

Dewan baru yang dibina dengan peruntukan sebanyak 1.3 bilion yuan RMB siap serentak dengan ulang tahun ke-99 Perpustakaan Kebangsaan China. Sekarang, jumlah keluasan perpustakaan itu telah mencatat 250 ribu meter persegi dan menjadi perpustakaan yang ketiga tersebesar di dunia selepas perpustakaan kebangsaan di A.S. dan Perancis..

Dewan baru perpustakaan itu terdiri daripada tiga tingkat dibawah tanah dan lima tingkat di atas dengan jumlah keluasan lantai sebanyak 80 ribu meter persegi?

Kurator perpustakaan itu, Encik Zhan Furui berkata, dewan baru perpustakaan kebangsaan itu terdiri daripada sebanyak 3000 kerusi dan boleh menerima pengunjung seramai 8000 orang setiap hari. Selain itu, perpustakaan itu juga menyediakan perkhidmatan kepada pembaca melalui wahana digital. Beliau berkata:

"Kami akan menyediakan perkhidmatan kepada pembaca sama ada dalam negeri atau luar negara melalui cara yang menggabungkan cara tradisional dan moden supaya pembaca seluruh dunia dapat bersama-sama menikmati budaya China yang cemerlang dan bersejarah."

Yang disebut oleh encik Zhan, wahana digital perpustakaan itu amat lumayan dengan maklumat dalam pelbagai bidang. Sekarang, terdapat sebanyak 720 ribu buah buku elektronik diumumkan melalui internet oleh perpustakaan digital. Ini hanya merupakan salah satu saluran baru yang disediakan kepada para pembaca. Seiring dengan pembangunan teknologi moden, dewan baru perpustakaan itu diliputi oleh signal internet tanpa talian. Oleh itu pembaca boleh membawa komputer riba sendiri dan melayari internet dalam kawasan perpustakaan. Perpustakaan itu juga dipasang sebanyak 460 komputer bagi para pembaca menggunakannya pada bila-bila masa.

Ketua Juruteknik, Encik Wu Bin memberitahu wartawan bahawa dewan baru juga menyediakan sistem panduan tentang maklumat terperinci mengenai semua buku untuk memudahkan pembaca mencari buku yang dikehendaki oleh mereka.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |