v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dewan Baru Perpustakaan Kebangsaan China Siap Dibina
2008-10-06 16:23:37 Agensi Berita Xinhua China

Dewan Baru Perpustakaan Kebangsaan itu juga menyediakan perkhidmatan yang khas kepada yang catat penglihatan. Naib Ketua Pengarah Jabatan Digital Perpustakaan Kebangsaan, Encik Li Chunming berkata:

"Perpustakaan khas yang dibina untuk orang cacat penglihatan menyediakan buku elektronik atau muzik dan mengadakan forum melalui internet. Kami membuat kajian di sekolah orang cacat penglihatan di Beijing. Murid-murid buta di sana amat berminat dalam projek kami."

Dewan Baru Perpustakaan Kebangsaan China menyediakan pelbagai perkhidmatan melalui teknologi canggih. Yang luar biasa, pemaparan buku "Si Ku Quan Shu", iaitu buku bersiri yang paling sempurna dalam sejarah China menarik perhatian ramai. Buku itu ditulis lebih 200 tahun yang lalu dan mengumpulkan hampir semua buku penting dengan jumlah 700 juta huruf China. "Si Ku Quan Shu" mempunyai sebanyak 36 ribu buah buku dan disimpan dalam bilik stor perpustakaan. Buku itu hanya dipamerkan dua kali pada masa dahulu. Sekarang, jumlah 36 ribu buah buku itu dipamerkan bersama di ruangan tengah tingkat satu dibawah tanah. Buku yang menandakan tamadun China itu menarik ramai pengunjung.

Ketua Jabatan Buku Purba Perpustakaan Kebangsaan Baru China, Puan Dong Rui berkata:

"Buku itu amat berharga, maka pengunjung tidak boleh menyentuhnya. Ia dipamerkan melalui ruangan berkaca dan boleh dilihat oleh pengunjung dari semua sudut. Buku itu disimpan dalam bilik stor dan sukar dilihat rupanya. Sekarang, semua pengunjung dapat melihatnya."

Ramai pembaca berpendapat bahawa pemaparan buku "Si Ku Quan Shu" di Perpustakaan Kebangsaan Baru menjadikan dewan yang moden itu menarik dengan ciri-ciri tradisional dan selaras dengan kedudukannya sebagai perpustakaan kebangsaan negara dan koleksi buku kebangsaan di China.

Wartawan diberitahu oleh staf di Perpustakaan Kebangsaan Negara, pembaca luar negara juga dapat melayari laman web Perpustakaan Kebangsaan China dan mengunjungi perpustakaan digital itu melalui internet.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |