v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dibaik Pulihnya Artifak di Provinsi Sha'anxi Memperlihatkan Kesan Awal
2008-11-10 11:05:11 CRI

Dalam sejarah China terdapat 13 dinasti pernah menjadikan bandar Xi'an, Provinsi Sha'anxi sebagai ibu negaranya. Oleh sebab itu, artifak di Sha'anxi banyak sekali, antaranya termasuk patung tanah liat berupa perwira dan kuda di makam maharaja Qinshihuang. Setiap tahun terdapat puluhan ribu orang pelancong yang melawat ke pelbagai muzium di Provinsi Sha'anxi.

Dalam gempa bumi Sichuan lalu, 86 buah artifak di sini telah rosak, termasuk Pagoda Dayan, Menara Loceng dan Menara Genderang. 7 buah patung tanah liat berupa perwira dan kuda juga turut terjejas. Berdasarkan statistik, kerugian artifak di Sha'anxi dikira bernilai 200 juta yuan RMB. Ketua Pengarah Jabatan Artifak Provinsi Sha'anxi, Zhao Qiang memaklumkan:

"Patung Tanah Liat Berupa Perwira dan Kuda hanya mengalami sedikit kerosakan, sangat mudah dibaik pulih. Kini kerja dibaik pulihnya telah pun selesai. Yang mengalami kerosakan teruk ialah beberapa buah pagoda. Pagoda Chongwen di Jingyang merupakan pagoda tertinggi di China. Sekarang, dari tingkat ketujuh ke atas, retak dapat dilihat di setiap rangka pintu yang diperbuat daripada batu. Sebahagian batunya telah jatuh. Muzium kawasan Chengcang bandar Baoji telah menjadi bangunan bahaya."

Selepas berlakunya bencana gempa ini, Jabatan Artifak Provinsi Sha'anxi segera menghantar kumpulan pakar ke kawasan-kawasan yang terlibat di seluruh provinsi untuk menilai keadaan kerosakan serta mengemukakan cadangan pembaikannya dan perlindungan.

Setelah melakukan penyelidikan dan penilaian selama beberapa bulan, kini jabatan berkenaan telah menyiapkan "Rancangan Perlindungan dan Pembaikan Artifak Provinsi Sha'anxi". Encik Zhao Qiang berkata:

"Rancangan tersebut akan diadakan selama tiga tahun. Kami akan berusaha supaya semua artifak yang rosak dalam bencana gempa dapat dibaik pulih sebelum penghujung tahun 2010. Jabatan Artifak Provinsi Sha'anxi telah memperuntukkan 2 juta yuan RMB kepada pelbagai bandar yang mengalami bencana supaya kerja pembaikan dapat dilaksanakan segera dan menurunkan kerugian ke tahap yang sekecil mungkin."

Zhao Qiang menyatakan bahawa berdasarkan rancangan tersebut, kerja pembaikan akan dibuat menurut prinsip "tidak mengubah keadaan asal artifak". Sebahagian tempat bersejarah yang mengalami kerosakan agak serius akan ditutup buat sementera waktu. Hingga penghujung tahun 2009, Provinsi Sha'anxi akan menyiapkan pembaikan terhadap 86 buah tempat bersejarah dan pembinaan semula 5 buah muzium yang telah mengalami kerosakan yang teruk. Pada tahun 2010, pembaikan terhadap artifak yang disimpan dalam pelbagai muzium akan diselesaikan, pembaikan terhadap 35 buah muzium, khazanah benda bersejarah dan ruang pameran akan diselesaikan.

Zhao Qiang menyatakan bahawa kerajaan akan memainkan peranan utama dalam perlindungan dan pembaikan artifak kali ini. Di samping itu, mereka juga mengalu-alu penyertaan pelbagai kalangan masyarakat supaya dapat berusaha bersama-sama melindungi warisan sejarah dan budaya manusia.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |