v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perubahan Pertukaran Kebudayaan China dengan Dunia Luar dalam Tempoh 30 Tahun Yang Lalu
2008-11-17 15:27:25 CRI

Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu China dilaksanakan pada 1978, pertukaran kebudayaan telah menjadi jambatan yang merapatkan hubungan China dengan negara luar. Encik Zhang Yu, salah seorang tokoh yang terlibat dalam urusan itu berumur 50 tahun. Beliau ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Pertukaran Luar Kebudayaan China, salah seorang penganjur persembahan dan pameran yang paling terkenal di China. Setelah lulus daripada universiti pada tahun 1982, beliau menjadi kaki tangan Kementerian Kebudayaan China yang bertanggungjawab dalam urusan pertukaran luar. Pada masa itu, rombongan yang datang ke China kebanyakannya kumpulan pertukaran kebudayaan kerajaan dari Asia, Afrika dan Amerika Latin. Pada tahun 1990, beliau meletakkan jawatan dan menjadi seorang tokoh profesional untuk menganjurkan persembahan dan pameran.

"Berbanding 30 tahun yang lalu, persembahan sekarang banyak sekali. Setiap minggu terdapat banyak persembahan diadakan di bandar-bandar di China. Misalnya di Beijing, setiap hari ada saja persembahan dari kumpulan kebudayaan dari Barat, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Asia Barat di pelbagai pentas dan teater. Persembahan yang banyak itu telah memperlihatkan betapa makmurnya program pertukaran kebudayaan China pada masa ini. Saya pikir ini merupakan perubahan yang paling besar dalam tempoh 30 tahun yang lalu."

Menurut Encik Zhang Yu, ketika berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, beliau sama sekali tidak merasakan pasaran persembahan China akan menjadi begitu makmur.

Ini merupakan lagu baru berjodol "Bintang" dari pemuzik terkenal Jepun, Shinji Tanimura. Semasa Sukan Olimpik Beijing diadakan, beliau diundang ke Beijing untuk menyertai persembahan majlis "Malam Asia". Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti kebudayaan yang dianjurkan oleh China telah menarik kehadiran 100 kumpulan persembahan dan hampir 10 ribu orang seniman dari 80 buah negara dan kawasan. Menurut laporan media, China sedang menjadi salah sebuah pasaran industri persembahan dan karya seni yang paling makmur di dunia. Banyak syarikat dan seniman asing juga datang ke China untuk memajukan industri dalam sektor kebudayaan.

Puan Lisa Cliff dari A.S. datang ke China pada 1991. Beliau sekarang mempunyai dua buah kedai karya seni di kawasan perdagangan terkenal di Beijing iaitu SOHO di Jianguomenwai dan kawasan kesenian terkenal di Beijing iaitu 798. Beliau penuh yakin terhadap prospek urusniaga di pasaran karya seni China.

"Saya sangat berminat terhadap pasaran karya seni China. Sejak datang ke negara ini, saya telah merasa perubahan besar dalam pasaran karya seni China. Tambahan pula dengan sikap terbuka kerajaan China terhadap pelbagai jenis kebudayaan, saya penuh yakin terhadap prospek masa depan kedai saya. Lebih-lebih dengan kejayaan Sukan Olimpik Beijing. Saya yakin ini merupakan peluang baik bagi saya untuk meningkatkan urusniaga."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |