v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perubahan Pertukaran Kebudayaan China dengan Dunia Luar dalam Tempoh 30 Tahun Yang Lalu
2008-11-17 15:27:25 CRI

Pengeluar opera terkenal di seluruh dunia, Syarikat Cameron Mackintosh dari Britain sedang bersiap sedia menubuhkan sebuah syarikat usaha sama dengan China untuk menghasilkan opera buatan China sendiri. Pada tahun 2003, syarikat tersebut membawa beberapa opera klasik ke China, seperti opera "Kucing" dan mencapai kejayaan besar dalam pasaran China. Ketua Eksekutif syarikat itu, Cameron Mackintosh menyatakan, syarat pelaburan yang baik telah menarik beliau datang ke China.

"Saya merasa satu penghormatan kerana mendapat sokongan dari kerajaan China menggalakkan saya meneroka sektor opera di negara ini supaya dapat menyesuaikan opera dengan kebudayaan China. Bagi saya, persembahan karya opera di China pada masa ini seperti menanam biji benih yang akan tumbuh membiak menjadi hutan pada masa akan datang. Sebagai sebahagian daripada proses tersebut, menghasilkan opera di China merupakan cabaran yang terbesar dalam karier saya."

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pasaran Kementerian Kebudayaan China, Tuo Zuhai berkata, kerajaan China telah menetapkan dasar kebudayaan yang terbuka dan menggalakkan pemodal asing menyertai persaingan dalam sektor kebudayaan dan kesenian.

"Keterbukaan pasaran kebudayaan China berskala besar. Dalam pasaran kebudayaan yang di bawah urusan jabatan kebudayaan kerajaan, persembahan, tempat santai, penjualan bahan audio dan video serta jual-beli karya seni, semua ini terbuka kepada pemodal asing. Pelabur China dan pemodal asing dapat bekerjasama untuk membuat persembahan, menguruskan operasi tempat santai dan menjual bahan audio dan video. Keterbukaan dalam pasaran karya seni lebih besar, pelabur asing dapat menubuhkan syarikat di China untuk menyertai pasaran karya seni."

Selain itu, aktiviti pertukaran kebudayaan yang dianjurkan oleh kerajaan juga telah mempopularkan tema kebudayaan pelbagai negara di China. China telah menganjurkan Tahun Kebudayaan China-Perancis, Tahun China-Rusia, Tahun Pertukaran Kebudayaan dan Sukan China-Jepun dan Tahun Pertukaran China-Republik Korea. China juga menganjurkan Pesta Kesenian Asia, Berjumpa di Beijing, Pesta Kesenian Antarabangsa Shanghai dan aktiviti pertukaran kebudayaan berskala besar yang lain pada setiap tahun agar menyediakan peluang supaya lebih banyak kumpulan kesenian asing dapat datang ke China untuk mengadakan program pertukaran.

Di samping itu, kerajaan China juga menyokong usaha mempopularkan kebudayaan China di luar negara agar meningkatkan pengetahuan luar negara terhadap kesenian dan kebudayaan China. Sejak tahun 2004, kerajaan China telah menganjurkan pesta kebudayaan bertema China di benua Afrika, Amerika Utara dan Oceania. Berdasarkan statistik, program pertukaran kebudayaan di luar negara yang disahkan oleh Kementerian Kebudayaan mencapai kira-kira 2000 kali dan penyertaan lebih 30 ribu pada setiap tahun. Ramai pakar telah menyeru China menyertai persaingan pasaran kebudayaan antarabangsa, memperluas daya pengaruh China di seberang laut dan meningkatkan persefahaman. Syarikat penganjur kebudayaan perlu mencipta lebih banyak karya yang terkenal dan kerajaan juga perlu terus meningkatkan sokongan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |