
Laman Web Agensi Berita China, 6 Ogos tahun 2007, Jabatan Penerangan Dewan Negara China telah mengadakan sidang akhbar yang dihadiri oleh Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Wang Wei dan Jiang Xiaoyu. Mereka telah memberi taklimat tentang kemajuan terkini kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008.
Mengenai isu keselamatan makanan dan ubat-ubatan China yang menjadi perhatian dunia luar, Wang Wei menyatakan bahawa kerajaan China dan bandar Beijing telah memberi perhatian yang tinggi terhadap isu keselamatan makanan, terutamanya makanan yang akan disediakan sempena Sukan Olimpik Beijing. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah menubuhkan kumpulan penyelarasan keselamatan makanan yang diketuai oleh Naib Datuk Bandar Beijing, mengeluarkan Program Tindakan Penjaminan Keselamatan Makanan semasa Sukan Olimpik Beijing, dan juga telah menetapkan rancangan pengawasan dan pengawalan terhadap pembekal makanan dan minuman untuk Sukan Olimpik. Beliau memaklumkan bahawa untuk menjayakan usaha tersebut, pihak-pihak berkenaan akan mengambil tindakan dalam empat aspek.

1 2
|