v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kemampuan Golongan Kurang Upaya Beijing Ambil Bahagian dalam Aktiviti Sosial Secara Sama Rata Semakin Meningkat
2007-09-07 17:54:00 CRI

Berdasarkan laporan daripada laman web Agensi Berita Xinhua China, kini, kadar kemasukan kanak-kanak kurang upaya Beijing ke sekolah untuk menerima pendidikan wajib telah mencatat 98.9%. Golongan kurang upaya yang miskin di Beijing boleh menerima pembedahan katarak percuma, dan keadaan perumahan bagi lebih 5 ribu buah keluarga orang kurang upaya di bandar itu telah dibaiki. Wartawan dimaklumkan oleh Persatuan Orang Kurang Upaya Beijing pada 3 September yang lalu bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Beijing telah mencapai prestasi yang menggalakkan dalam bidang pemulihan kesihatan, pendidikan, pekerjaan, jaminan sosial, kebudayaan dan sukan serta pewujudan persekitaran tanpa halangan bagi golongan kurang upaya. Dengan itu, keadaan kehidupan golongan kurang upaya di bandar Beijing telah dibaiki dengan ketara, hak dan kepentingan sah mereka terjamin, dan kemampuan mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sosial secara sama rata juga semakin meningkat.

Pegawai Persatuan Orang Kurang Upaya Beijing menjelaskan bahawa sehingga tahun 2006, jumlah orang kurang upaya di Beijing mencatat 999 ribu orang, menduduki 6.49% daripada jumlah keseluruhan penduduk di bandar Beijing. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, tahap kesihatan lebih 300 ribu orang kurang upaya di bandar itu telah ditingkatkan. Golongan tersebut boleh menerima pelbagai perkhidmatan secara percuma, antaranya termasuk pembedahan katarak, latihan pendengaran dan pertuturan dan lain-lain.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |