
Dalam bidang pendidikan pula, terdapat 23 buah sekolah pendidikan khusus awam di seluruh bandar. Berbanding dengan 20 tahun yang lalu, kadar golongan kurang upaya yang menerima pendidikan di sekolah menengah atas atau pendidikan tinggi telah meningkat 13.9%, dan pelajar kurang upaya yang menerima pendidikan di universiti telah meningkat lebih 5 kali ganda.
Selain itu, kehidupan asas golongan tersebut juga telah dijamin. Setakat ini, 286 ribu orang kuang upaya di bandar dan pekan telah menyertai insurans perubatan asas, dan 88% orang kurang upaya di desa telah menyertai sistem perubatan kerjasama desa baru.

Wartawan dimaklumkan bahawa pembangunan persekitaran tanpa halangan di bandar Beijing sedang dipercepat. Usaha itu akan memudahkan golongan kurang upaya bandar itu untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial. 1 2
|