v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sebuah Pekarangan yang Didiami oleh 6 Buah Keluarga Penduduk Etnik Rusia di China.

2007-09-14 11:36:09 CRI

Sebuah pekarangan yang terletak di bandar Yining Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat daya China adalah sungguh menarik. Terdapat 6 buah keluarga penduduk etnik Rusia tinggal di dalam pekarangan ini.

Nina, seorang warga tua yang berusia 76 tahun ini sebagai tuan punya pekarangan ini. Beliau telah tinggal di pekarangan itu yang berlarutan selama 40 tahun. Seramai lebih 30 orang daripada 6 buah keluarga telah tinggal di pekarangan ini. Selain keluarga Nina, 5 buah keluarga yang lain terdiri daripada lima orang anak kepada Nina itu menetap di pekarangan itu.

Warga tua Nina itu ialah penduduk etnik Rusia di China. Etinik Rusia itu disebut sebagai keturunan generasi warga Rusia yang berpindah-randah ke kawasan Xinjiang dari Tsar Rusia pada akhir abad ke-18. Sebuah etnik minoriti yang bercirikan Rusia telah dibentuk di dalam negara China pada masa sekarang. Ibu-bapa warga tua Nina itu juga berpindah ke Xinjiang pada lebih 70 tahun yang lalu. Selepas berkahwin mereka telah mempunyai 16 orang anak. Beliau berkata bahawa saya ada 8 orang anak lelaki, 4 orang anak perempuan dan ramai cucu-cicit. Kami menikmati kehidupan yang amat bahagia. Mereka telah membesar. Saya dan suami sebagai salah sebuah keluarga induk di dalam pekarangan ini.

Beberapa orang anak Nina yang lain ada yang tinggal menetap di luar negara, ada juga yang sedang bertugas sebagai penterjemah dalam bahasa Rusia di dalam negara China. Rida, anak perempuannya itu tidak bekerja kerana dia baru melahirkan seorang anak pada tahun yang lalu. Rida berkata bahawa saya berumur 36 tahun, saya ada ramai abang dan kakak. Sejak kecil, sasya hanya bermain-main di dalam pekarangan ini.

Encik Nicula pula bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Etnik Rusia Bandar Yining itu. Sekolah itu ialah satu-satunya sekolah etnik Rusia di bandar Yining dan juga sebuah sekolah yang berpengantar bahasa Mandarin dan bahasa Rusia di kawasan Xinjiang China. Sekolah Etnik Rusia itu ditubuhkan pada tahun 1985 yang terdapat lebih 130 orang pelajar pada masa sekarang. Encik Nicula berkata bahawa persekitaran pengajaran mata pelajaran dwibahasa yang berkesan di sekolah itu telah disediakan kepada para pelajar berdasarkan kurikulum pendidikan seluruh negara China. Beliau berkata bahawa pengajaran dwibahasa telah dibenarkan di sekolah itu berdasarkan kajian pemimpin dan pendapat daripada penduduk etnik Rusia pada tahun 1997 yang lalu. Pengajaran dalam bahasa Rusia telah diberi keutamaan pada masa sekarang, pembelajaran berlangsung 5 sehinga 7 kali secara purrata setiap minggu.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |