v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sebuah Pekarangan yang Didiami oleh 6 Buah Keluarga Penduduk Etnik Rusia di China.

2007-09-14 11:36:09 CRI

Encik Alexander ialah salah seorang anak lelaki kepada warga tua Nina itu. Encik Alexander yang berumur 48 tahun ini bekerja sebagai tukang membaik pulih akordion terkenal dan juga seorang pemain akordion yang terbaik di bandar Yining. Beliau akan bermain akordion pada setiap hari sebelum memulakan kerja.

Sekalipun Encik Alexander tidak pernah berkhidmat dalam kumpulan kesenian, akan tetapi beliau pernah mengadakan pertunjukan kesenian di Beijing, Urumqi dan lain-lain. Apabila ada peluang beliau gemar menggubah muzik. Rida, ialah salah seorang anak perempuan kepada Encik Alexander berkata bahawa ramai orang ke kedai ini untuk membaik pulih akordion kerana bapa saya mempunyai kemahiran. Beliau juga boleh menggubah muzik dan menulis seni kata yang menarik.

Kebanyakan penduduk tempatan berkata bahawa Encik Alexander gemar menikmati muzik. Kedai membaik pulih akordion itu telah diuruskannya selama lebih 29 tahun, akan tetapi kerja membaiki pulih akordion adalah lebih awal tarikhnya daripada pembukaan kedai ini. Beliau berkata bahawa saya mulai membaik pulih akordion semasa berumur 15 tahun. Bapa saya juga pandai membaik pulih akordion pada masa lalu. Kemahiran membaik pulih akordion ini telah diajar oleh bapa saya.

Kedai membaiki akordion Encik Alexander ini telah dibuka pada tahun 1990. Sebelum itu beliau pernah membaik pulih akordion di Tacheng, Alatai dan Urumqi Xinjiang. Oleh itu beliau dikenali oleh ramai orang sebagai tukang membaiki akordion yang mahir di Xinjiang.

Di sebelah kedai akordion Alexander itu ada sebuah kedai menjual roti yang diuruskan oleh adik perempuannya, Dina. Kedai itu ialah satu-satunya kedai membuat roti dengan teknik yang mahir yang tiada tandingannya. Dina, seorang anak perempuan sulung kepada warga tua Nina itu pernah mengelolakan kedai menjual pakaian dan kedai barang-barang kraf tangan pada masa lalu, tetapi tidak berjaya. Beliau berkata bahawa roti yang dijualnya diperbuat daripada minyak masak, telur ayam dan gula serta lain-lain merupakan makanan yang amat enak .

Pelbagai macam roti telah disusun di atas rak pada waktu pagi. Pelbagai jenis roti akan disediakan kepada pembeli, ada orang akan membeli roti seberat 1 atau 2 kilogram setiap hari kerana mereka amat tertarik akan kedai ini.

Lima, ialah menantunya iaitu isteri anak lelaki sulungnya. Anak lelaki sulungnya telah meninggl dunia pada beberapa tahun yang lalu. Lima sudah berkahwin lagi dengan orang lain, akan tetapi, dia tidak berpisah dengan keluarganya yang tinggal di dalam pekarangan ini. Lima berkata

bahawa saya sudah berkahwin lagi, akan tetapi, saya sering kali bertemu dengan bekas ibu bapa mentua saya, kerana ramai orang masih tinggal di sini.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |