v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Irama Muzik Matouqin Bergema di Padang Rumput

2007-09-21 11:09:22 CRI

Matouqin ialah sejenis alat muzik gesek berbentuk kepala kuda etnik Mongol, etnik minoriti di bahagian utara China. Matouqin dinamakan Qin iaitu kepala kuda sejenis alat muzik yang sangat digemari oleh penduduk etnik Mongol. Alat ini menjadi popular dalam kalangan rakyat etnik Mongol pada awal abad ke-13 Masihi. Peti Matouqin berbentuk trapezium dan dihujung pemegang Matouqin terdapat ukiran kepala kuda. Matouqin mempunyai dua urat dawai yang unik. Iramanya merdu dan amat meruntun perasaan, manakala lagu Matouqin di bahagian barat Mongolia Dalam mempunyai gaya padang rumput yang kebanyakannya memuji pemandangan indah dan kuda yang berlari kencang.

Matouqin mula tersebar di padang rumput Mongolia Dalam pada awla abad ke-13. Berdasarkan cerita dongeng, ada seorang wanita bernama Su He tinggal di padang rumput Kelxin Mongolia Dalam. Dia telah membela seekor kuda kecil berbulu putih. Semasa Su He menyanyikan lagu, kuda kecil itu juga turut berbunyi dengan diiringi irama nyanyian. Su He dan kuda itu telah meraih pemenang pertama dalam pertunjukan menunggang kuda. Kejayaan ini amat dimarahi oleh tuan di padang rumput, oleh itu, kuda kecil itu telah dibunuh oleh tuan dengan panah.

Su He berasa sedih dan amat rindu akan kuda kecil itu sama ada pada waktu siang ataupun malam. Pada satu hari, Su He bermimpi bertemu dengan kuda kecil itu, kuda kecil itu memberitahunya supaya membuat sebuah alat muzik Matouqin yang diperbuat daripada tulang, kulit dan ekornya untuk membolehkannya tinggal bersama-sama selama-lamanya. Sebuah alat muzik dibuat oleh Su He sebagaimana yang dipesan oleh kuda kecil itu. Oleh itu, sejak hari itu, Matouqin telah tersebar di padang rumput. Kuda merupakan binatang yang tak tahu mengenal erti susah dan rakan yang setia kepada penggembala. Penduduk etnik Mongol yang tinggal di padang rumput tersebut amat mengambil brat terhadap kuda.

Encik Bao Xuefeng, seorang tukang pembuat alat muzik Matouqin berkata bahawa terdapat beberapa puluh proses pembuatannya, termasuk memilih bahan-bahan, mengukir dan menggilap. Hanya proses lukisan dengan cat air ini dapat diselesaikan selama kira-kira satu bulan. Cara bermain alat muzik itu juga berbeza dengan alat muzik yang lain. Beliau berkata bahawa cara bermain Matuouqin adalah berbeza dengan alat muzik yang lain. Irama muziknya amat tebal dan menarik dan bersesuaian untuk dimainkan di padang rumput.

Matouqin digunakan terutamanya untuk mengiring muzik epik dan lagu rakyat etnik Mongol, lebih-lebih lagi untuk mengiringi irama lagu rakyat Changdiao etnik Mongol yang bercirikan budaya penduduk di padang rumput. Sebuah Matouqin biasanya dapat dilihat tergantung di dalam khemah tradisional orang Mongol. Tuan rumah dan tetamu akan duduk berkeliling sambil menikmati hasil tenusu, mereka akan menyanyikan lagu dengan diiringi irama Matouqin.

Bermain Matouqin telah disenaraikan sebagai salah satu mata pelajaran di kebanyakan sekolah Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China pada masa sekarang. Kebanyakan generasi muda etnik-etnik Mongol dan Han gemar akan bermain Matouqin, termasuklah orang muda dari Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun juga amat tertarik dengan Matouqin.

Sayin Chiya yang berumur 31 tahun ini, seorang ahli kesenian Matouqin yang muda. Sejak kecil, dia telah berlatih bermain Matouqin di padang sekolah itu pada pukul 4:00 petang setiap hari. Beliau berkata: "saya berhasrat untuk mengadakan pertunjukan kesenian bersama-sama dengan rakan di pentas keseninan". Selepas lulus daripada universiti, dia telah melanjutkan pelajaran di Jepun. Dia bercita-cita untuk mengadakan pertujukan kesenian ke Jepun untuk mempopularkan Matouqindi sana. Beliau berkata bahawa saya pernah mengadakan pertunjukan kesenian di sebuah sekolah rendah dengan memakai jubah iaitu pakaian etnik Mongol. Seorang murid yang mengikuti palajaran di sekolah rendah itu berkata bahawa satu cerita dongeng tentang Su He dan Kuda putih kecil telah disunting ke dalam buku teks sekolah rendah Jepun.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |