v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Irama Muzik Matouqin Bergema di Padang Rumput

2007-09-21 11:09:22 CRI

Semasa mengikuti pengajian di Jepun, Saiyin Jiya telah menubuhkan sebuah sekolah kesenian Matouqin di Jepun yang beranggota seramai 100 orang pelajar. Karya tulisan Matouqin yang bertajuk: "Impian Saya" telah diterbitkan di Jepun pada Jun tahun 2003.

Struktur dan cara gesekan Matouqin telah berubah secara beransur-ansur dalam proses penggunaannya. Encik Qibao Ligao, seorang tukang pembuat Matouqin yang pernah mengadakan tiga kali pembaharuan terhadap Matouqin. Beliau yang berusia 63 tahun itu mahir memainkan beberapa lagu rakyat dengan ahli kesenian kalangan rakyat sejak berumur 8 tahunlagi. Beliau berkata bahawa saya pernah belajar teknik bermain piano semasa berumur 16 hingga 20 tahun di Institut Muzik Pusat Pusat China. Selepas lulus daripada Institut Muzik Pusat China itu, saya diberitahu bahawa Matouqin akan hanya tersimpan di dalam muzium jikalau tidak ada pembaharuan dibuat terhadap alat muzik itu. Sebuah alat muzik adalah sama seperti kumpulan binatang yang akhirnya akan dibunuh oleh serigala sehingga pupus.

Qibao Ligao berkata bahawa beliau pernah mengadakan pertunjukkan kesenian di padang rumput Xilinguole Wilayah Autonomi Mongolia Dalam pada lebih 20 tahun yang lalu. Matouqin menjadi rosak apabila terkena hujan, bunyinya yang nyaring itu juga telah terhilang. Selepas itu, Qibao Ligao berhasrat untuk mengubah suai dan membaharui Matouqin supaya dapat dinikmati oleh lebih ramai orang.

Melalui beberapa kali pembaharuan, Matouqin yang diperbuat daripada kulit pokok parasol ditukarkan kepada kulit kambing dan kuda. Sejak itu, Matouqin telah berubah menjadi alat muzik yang moden yang dimainkan bersama-sama dengan alat muzik simfoni barat berbanding dengan alat muzik tradisional yang mundur. Beliau telah menubuhkan sebuah Kumpulan orkestra Matouqin Kuda Liar, sebuah orkestra Matouqin yang pertama. Senegap penonton telah berdiri untuk menarik tarian orang kulit hitam semasa pertunjukkan kesenian diadakan di Tanzania Afrika. Qibao Ligao pernah mengadakan pertunjukan kesenian di Ruangan Emas di Vienna pada tahun 2005. Beliau berusaha untuk mengadakan pertunjukan kesenian perseorangan karya muzik Matouqin "Kuda Berlari Kencang" pada tahun 2008 semasa upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008. Karya muzik ini digubah oleh Qibao Ligao sendiri semasa menyertai Pesta Nadamu, sukan yang meriah di padang rumput semasa berumurnya 18 tahun.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |