v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menyelamatan Padang Rumput Hulunbel

2007-10-05 11:56:34 CRI

Padang rumput Hulunbel terletak di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di bahagian utara China dengan tanahnya yang subur dan hasil keluaran pertaniannya yang kaya. Akan tetapi, persekitaran ekologi di Hulunbel berubah menjadi lebih buruk dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Beberapa siri tindakan yang bertujuan untuk memulihara persekitaran ekologi padang rumput Hulunbel telah dianjurkan dan dilaksanakan oleh kerajaan dan rakyat Hulunbel pada masa sekarang.

Langit yang berwarna biru kehijau-hijauan, air tasiknya yang jernih, udaranya pula segar dan padang rumput yang menghijau. Ini ialah sebahagian seni kata lagu yang menggambarkan pemandangan padang rumput hijau yang luas dan tanpa pencemaran di China. Terdapat padang rumput semula jadi yang sangat luas di dunia yang juga pangkalan pengeluaran makanan berasaskan haiwan yang hijau dan tanpa pencemaran yang sangat luas di China. Akan tetapi, pertumbuhan rumput di padang rumput Hulunbel telah berkurangan daripada masa yang lalu disebabkannya oleh bencana alam kemarau yang kerap kali berlaku dan jumlah penternakan haiwan yang semakin bertambah. Di samping itu, jenis-jenis rumput di padang rumput juga sudah mulai berkurang dan tidak dapat menampung permintaan yang tinggi untuk ternakan lembu dan kambing. Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Kawasan Perlindungan Alam Peringkat Negara Tasik Hulun yang terletak di kawasan Hulunbel Encik Liu Songtao berkata bahawa sistem ekologi di kawasan padang rumput itu tidak pernah terjejas pada asasnya sejak pada tahun 1986 hingga tahun 2001. Akan tetapi, selepas tahun 2001 bencana kemarau kerap kali berlaku, dan jumlah hujan yang turun mencatat kira-kira 100 milimeter secara purata setiap tahun atau lebih kurang 100 milimeter dalam sepanjang tahun. Ini menyebabkan padang rumput itu hampir pupus.

Pengarah Jabatan Pertanian dan Penternakan Kawasan Halal Bandar Hulunbel yang berkhidmat untuk kerja pertanian dan penternakan selama lebih 20 tahun Encik Bagen berkata bahawa persekitaran keseluruhan padang rumput Hulunbel sudah bermundur pada masa sekarang. Keadaan ini tidak dapat dielakkan.

Kerajaan Hulunbel berusaha untuk melindungi padang rumput dan memelihara alam sekitar dengan mengambil pelbagai tindakan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Encik Bagen berkata bahawa terdapat 7 juta ekor haiwan ternakan di padang rumput Hulunbel pada masa yang lalu. Kerajaan bandar Hulunbel bercadang untuk mengurangkan sebanyak 1 juta ekor haiwan secara purata setiap tahun pada masa sekarang. Terdapat 5 juta ekor haiwan telah dikurangkan pada tahun ini dan dijangka 4 juta ekor haiwan juga akan dikurangkan pada tahun 2008.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |