v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menyelamatan Padang Rumput Hulunbel

2007-10-05 11:56:34 CRI

Pakar penternakan tempatan menjelaskan bahawa padang rumput yang seluas 1 hektar hanya mencukupi untuk seekor kambing bagi sepanjang tahun. Oleh itu, sekiranya sejumlah 1 juta ekor haiwan ternakan dapat dikurangkan, itu bermakna kita dapat melindungi padang rumput yang berkeluasan 1 juta hektar. Akan tetapi, jumlah pendapatan penggembala telah berkurang selepas dasar larangan dan pengurangan jumlah ternakan dilaksanakan.

Terdapat 35 buah ladang ternakan lembu tenusu dengan jumlah pengeluaran yang tinggi telah didirikan di kawasan tanah liat yang seluas 80 kilometer bermula pada tahun 2001. Lembu tenusu dengan pengeluaran yang tinggi telah diternak oleh keluarga penggembala, di samping itu juga mereka menanam tumbuh-tumbuhan seperti jagung di tempat-tempat lapang. Bahan makanan haiwan ternakan yang diperbuat daripada jagung itu boleh disimpan dalam jangka panjang dan dapat memenuhi permintaan makanan lembu tenusu pada musim sejuk. Tindakan ini bermanfaat bagi penternakan keluarga, menjamin pertumbuhan penternakan yang sihat dan juga tidak merosakkan ekologi di padang rumput. Wu Changsheng yang berusia 52 tahun ini berkata bahawa pendapatan tahunan pada masa lalu berjumlah 20 ribu atau 30 ribu yuan RMB, akan tetapi jumlah pendapatan purata setiap bulan pada masa sekarang mencatat kira-kira 12 ribu yuan RMB.

Bayaltu berkata, kerajaan tempatan telah melaksanakan usaha yang membolehkan "anak kambing tumbuh membesar dalam masa setahun". Itu bertujuan untuk melindungi padang rumput. Ternakan kambing tempatan secara tradisional mengambil masa yang panjang, kambing hanya dapat dijual selepas diternk selama 3 hingg 4 tahun. Kerajaan tempatan menggalakkan penggembala menjual kambing sebelum musim sejuk. Cara ternakan itu bukan sahaja dapat menjamin mutu daging kambing menjadi lebih segar dalam pasaran malahan harganya juga berubah menjadi lebih mahal, di samping dapat menjimatkan bahan makanan ternakan kambing. Keluasan hakisan tanah tahunan di padang rumput Hulunbel telah meningkat seluas 10% hingga 20% pada tahun-tahun kebelakangan ini. Selepas pelbagai tindakan pemuliharaan dan perlindungan padang rumput dapat dilaksanakan oleh kerajaan tempatan, keluasan hakisan tanah tempatan dijangka dapat disekat dan keluasan hakisan tanah asal juga akan terus berkurang selepas dipulihara.  Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertanian dan Penternakan Kaunti Halal Bandar Hulunbel Bagen berkata bahawa kebanyakan orang berpendapat bahawa padang rumput disediakan untuk menternak binatang. Pendapat ini adalah salah. Yang pertama padang rumput dijadikan sebagai persekitaran ekologi, kedua dijadikan sebagai pemandangan dan ketiga dijadikan sebagai bahan-bahan pengeluaran. Boleh dikatakan bahawa padang rumput itu ialah sumber alam.

Kerajaan Hulunbel menerangkan bahawa usaha pembandaran di kawasan pertanian dan penternakan, dengan memindahkan penggembala secara tersusun dari kawasan penternakan tersebut sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan padang rumput tempatan. Tindakan ini berkait rapat dengan tujuan pelaksanaan pembangunan pedesaan yang baru di pelbagai tempat China pada masa sekarang. Difahamkan bahawa lebih 60 buah projek pembangunan pedesaan yang baru akan dilaksanakan pada tahun 2007, jumlah keseluruhan pelaburannya mencatat lebih 70 juta yuan RMB.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |