v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sebuah Keluarga Etnik Tajik yang Tinggal di Dataran Tinggi Pamil di Barat Daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China

2007-10-12 12:40:31 CRI

Penduduk etnik minoriti termasuk etnik-etnik Tajik, Uygur, Kirgiz, dan Hui tinggal menetap di dataran tinggi Pamil, antaranya penduduk etnik Tajik yang menempati kira-kira 90% daripada jumlah keseluruhan penduduk etnik minoriti tersebut. Kebanyakan mereka tinggal di kaunti Autonomi Kulgan Tajik Xinjiang China. Penduduk etnik Tajik mengutamakan ternakan haiwan dan penanaman tumbuh-tumbuhan pertanian. Mereka telah mengamalkan kehidupan yang berpindah-randah dan ternakan pada masa yang lalu. Selepas Republik Rakyat China didirikan pada tahun 1949, Kaunti Autonomi Tashkul Tajik telah ditubuhkan pada tahun 1954 yang lalu. Berdasarkan sokongan secara besar-besaran dari kerajaan pusat China, pertumbuhan ekonomi penduduk etnik Tajik telah meningkat dengan pesat, taraf hidup penduduk tempatan telah dibaiki dengan ketara dan telah memasuki peringkat pembangunan bersejarah yang baru.

Di Pusat Kebudayaan Etnik Tajik Kaunti Autonomi Tashkul Tajik, Aibul berkata bahawa nenek moyang penduduk etnik Tajik telah tingal di Dataran Tinggi Pamil pada abad ke-10 Sebelum Masihi. Penduduk etnik Tajik sebagai penduduk yang berkulit putih secara turun-temurun tinggal di China. Beliau berkat bahawa air muka penduduk etnik Tajik mirip dengan warga Greece. Akan tetapi air mukanya berwarna hitam akibat panahan mata hari di dataran tinggi. Air muka mereka akan berubah menjadi berwarna putih dalam masa seminggu jika mereka meningalkan kawasan dataran tinggi itu.

Penduduk etnik Tajik telah menciptakan budaya yang bercirikan etnik mereka sendiri. Hariraya dan pesta etnik tradisional juga merupakan satu kompenon yang penting dalam adat resam mereka. Penduduk etnik Tajik tergolong dalam puak Ismail agama Islam. Oleh itu, mereka juga merayakan Hariraya Korban, hariraya tradisional mereka.

Penduduk etnik Tajik bukan sahaja telah merayakan hariraya yang bercirikan etnik mereka sendiri, tetapi juga menikmati adat resam harian yang bersejarah lama. Misalnya ketika seoramg pemuda bertemu dengan seorang gadis, perempuan itu mencium tangan lelaki itu. Dalam pertemuan warga tua dengan orang muda, warga tua itu akan mencium telinga orang muda itu, dan orang muda akan mencium tapak tangan warga tua yang bertujuan untuk menyatakan hormat kepada warga tua itu.

Demi menjelaskan seterusnya kebudayaan penduduk etnik Tajik, wartawan telah membuat liputan dengan Encik Madalhan, seorang sarjana etnik Tajik di mukim Tashkulgan. Beliau tinggal di dalam rumah yang diperbuat daripada batu bata. Reka bentuk rumah kediaman penduduk etnik Tajik berbeza dengan rumah kediaman penduduk etnik Han. Pintu rumahnya menghadap ke arah timur. Ini bermakna selama-lamanya berhadap-hadapan hari depan yang lebih cemerlang.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |