Encik Madalhan berkata bahawa penduduk etnik Tajik mensifatkan helang sebagai pahlawan. Terdapat banyak kisah dan lagu rakyat yang mengekspresikan burung helang telah tersebar dalam sektor budaya sosial tradisional etnik Tajik. Ada satu dongeng yang menarik tentang seruling helang, alat muzik etnik Tajuk. Beliau berkata bahawa pada purba kala, ada sepasang muda-mudi telah menjalinkan hubungan percintaan secara mendalam dan mereka itu telah dipisahkan oleh tuan yang menguasai bandar itu. Selepas itu, gadis itu setiap hari mendengar lagu yang dinyanyikan oleh seorang teruna itu. Seekor helang yang selepas maut memberitahu teruna itu bahawa tulangnya boleh membuat seruling. Akhirnya gadis itu pandai menari dengan meniru gerak-geri burung helang dengan irama muzik seruling yang dimainkan oleh teruna itu. Oleh itu, seruling helang dan tarian helang mula tersebar sampai sekarang.

Encik Madalhan berkata bahawa seruling helang dapat dimainkan muzik dengan dua batang seruling, dan juga dijual bersama dengan dua batang seruling. Ini bermakna perasaan percintaan secara mendalam. Penduduk etnik Tajik bergemar akan menyanyikan lagu dan menari. Mereka sentiasa menyanyikan lagu dan menari semasa perayaan atau mengadakan majlis perhakwinan. Penduduk etnik Tajik yang tinggal di dataran tinggi bukan sahaja pandai menyanyikan lagu dan menari, lebih-lebih berusaha untuk membela keselamatan negara. Petani dan penggembala etnik Tajik bertugas untuk membela keselamatan negara bersama-sama dengan tentera pertahanan. Di atas puncak gunung salji, penduduk penggembala etnik Tajik sentiasa memberi bantuan kepada pasukan pertahana semasa mengadakan perondaan di kawasan sempadan. Pengerusi Jawatankuasa Kaunti Tashkul Majlis Permesyuaratan Politik Monl Tablit berkata bahawa penduduk etnik Tajik membuat sumbangan yang besar untuk membela keselamatan di kawasan sempadan yang berlarutan selama lebih 2 ribu tahun. Penduduk etnik Tajik mencintai tanah air dan perkampungan mereka. Bukan sahaja tiada orang pun meninggalkan tanah air, tetapi juga mereka berkoordinasi secara positif dengan pasukan pertahanan untuk membela keselamatan kawasan sempadan tanah air. 1 2
|