v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Remaja Kedua-dua Pantai Selat Taiwan Menanti-nantikan Sukan Olimpik Beijing

2007-10-30 14:39:11 CRI

Di Beijing, para peserta aktiviti itu telah mendengar penerangan yang disapaikan oleh bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Olimpik China, Wei Jizhong dan Naib Pengerusi Eksekutif BOCOG, Jiang Xiaoyu berhubung sejarah penyertaan kontinjen China dalam Sukan Olimpik, proses penganjuran Sukan Olimpik Beijing, keadaan persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 dan sebagainya.

Sewaktu mengunjungi Satdium Wukesong di bandar Beijing dan menonton pertandingan ujian besbol Sukan Olimpik, Hong Tingru, mahasiswa Universiti Pendidikan Taipei mengemukakan beberapa pendapat.

Beliau berkata: "Kerusi-kerusi penonton hanya dibina di tiga arah sahaja dan harus dibina mengelilingi segala padang. Setiap padang besbol di Taiwan dibina tempat duduk penonton yang berlingkar. Saya berpendapat bahawa Beijing mempunyai kawasan yang mencukupi untuk membina tempat duduk seumpama itu."

Zeng Shuya, mahasisiwi Universiti Pengubatan Tradisional China Beijing yang berasal dari Taiwan berasa kesal disebabkan tidak sempat memohon sebagai sukarelawan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Beliau berkata: "Padahal saya mengetahui perkara itu, akan tetapi lambat memohon. Sewaktu memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Hong Kong, Makau dan Taiwan Dewan Negara China, saya turut diberitahu bahawa pendaftaran itu sudah penuh."

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |