v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Remaja Kedua-dua Pantai Selat Taiwan Menanti-nantikan Sukan Olimpik Beijing

2007-10-30 14:39:11 CRI

Zhang Yuxi, mahasisiwi Universiti Sukan Beijing mendapati teman dari Provinsi Taiwan mempunyai hasrat yang sama dengannya iaitu suka menonton drama TV dan menggemari bintang filem atau penyanyi yang terkenal.

Beliau berkata: "Saya tidak berasa mereka datang dari Taiwan. Kami mempunyai banyak persamaan dan saya menganggap mereka seperti penduduk Tanah Besar China".

Setelah tiba di Tanah Besar China, remaja Taiwan terkagum pembangunan tanah air mereka yang berfaedah bagi mereka meningkatkan pengetahuan dan menimba pengalaman.

Puan Liu Hua, Profesor muda yang bertugas di Fakuliti Drama Universiti Kesenian Taiwan berkata: "Saya berharap agar pertukaran dapat diadakan antara kalangan drama dari kedua-dua pantai Selat Taiwan. Saya mengikuti pengajian drama dan bertugas sebagai direktor yang mengarahkan drama pentas. Saya juga berminat terhadap sukan dan memang telah menimba pengalaman semasa kunjungan di Tanah Besar China kali ini. Satu Dunia, Satu Impian."

Dalam lawatan selama tiga hari, remaja dari kedua-dua pantai Selat Taiwan telah saling mengenal dan menjadi teman. Sukan Olimpik Beijing 2008 telah membawa impian yang sama kepada mereka.

Pemenang pingat emas Ping Pong Sukan Olimpik, Deng Yaping berkata: "Saya berpendapat bahawa penduduk kedua-dua pantai Selat Taiwan mempunyai tanah air yang sama dan impian yang sama iaitu Sukan Olimpik Beijing 2008. Kalang remaja harus memikul tanggungjawab untuk mempamerkan imej bangsa China di arena antarabangsa."

----DAZHONG


1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |