v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sebuah Restoran Sate Daging Kambing yang Diuruskan oleh Sepasang Suami Isteri Etnik Salar

2007-10-26 16:40:06 CRI

Etnik Salar merupakan salah satu daripada 10 etnik minoriti yang beragama Islam di China. Mereka kebanyakannya tinggal di Kaunti Autonomi Etnik Salar Xunhua, Provinsi Qinghai. Etnik Salar mempunyai sejarah selama lebih 800 tahun dan kebudayaan yang gemilang. Penduduk Etnik Salar amat rajin dan telah membangun kampung halaman mereka di kawasan lembah Sungai Kuning.

Menurut catatan sejarah, sebetulnya nenek moyang Etnik Salar telah berhijrah dari Samarkand, iaitu Uzbekistan pada waktu sekarang dan menetap di Xunhua, Provinsi Qinghai pada penghujung zaman Dinasti Song dan awal zaman Dinasti Yuan.

Di sebelah Hospital Bahagian Mata Shingjingshan di Beijing, terdapat sebuah restoran sate daging kambing yang diuruskan oleh sebuah keluarga penduduk etnik Salar. Encik Han Shaoan sedang sibuk bekerja untuk melayani tamu dengan mesra.

Kebanyakan penduduk etnik Salar yang menganut agama Islam telah tinggal menetap di provinsi Qinghai di bahagian barat China. Encik Han Shaoan berasal dari kaunti Xunhua provinsi Qinghai China. Tempat ini ialah satu-satunya kaunti autonomi etnik Salar di China. Penduduk etnik Salar di sana terutamanya bercocok tanam. Disebabkan oleh muka bumi, penghasilan pertanian di sini adalah terlalu rendah dan peningkatan jumlah pendapatan penduduk tempatan juga amat lambat.

Encik Han Zhaoan pernah menjawat akaun di sebuah syarikat tempatan pada masa yang lalu dan isterinya bercocok tanam. Namun begitu, anggota keluarganya telah mengalami kesukaran kerana syarikat itu bankrap. Oleh itu, beliau akan melepaskan diri daripada kampung halamannya untuk mencari nafkah ke tempat lain. Selepas berkahwin selama 5 tahun ini, mereka berdua telah berhijrah ke Beijing. Beliau berkata bahawa kami telah membuka sebuah restoran sate di Beijing pada tahun 2004 yang lalu. Kami balik ke Beijing selepas berurus niaga di provinsi Shandung selama setahun kemudian.

Sejak itulah, mereka berdua sejak itu telah menguruskan terus sebuah restoran sate di Beijing. Mereka sibuk bekerja pada setiap hari dan tidak mempunyai masa bersarapan pagi. Puan Han Lili berkata bahawa kami sering kali bersarapan pagi pada pukul 12:00 dan makan malam pada pukul lebih 23:00 malam dan tidur pada larut malam.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |