Dalam tempoh liputan itu, wartawan melihat Encik Han Shaoan berpuas hati tentang mereka meninggalkan kampung halaman untuk mencari peluang pekerjaan di Beijing. Namun begitu, isterinya Han Lili malah mengambil perasaan yang bersungguh-sungguh. Suaminya merupakan tuan atas keluarganya, dia mesti setia kepada suaminya, akan tetapi, dia masih rindu anaknya yang masih tinggal di kampung halamannya. Beliau berkata bahawa kami sebagai perempuan mesti menyetujui pendapat lelaki di kampung kami. Oleh itu, saya telah mengikuti suami saya datang ke Beijing. Saya hanya menentang pendapatnya dalam lubuh hati sahaja. Kerana kami mempunyai seorang anak yang hanya berumur 7 tahun tetap tinggal di kampung halaman. Saya boleh menalipon dengan anggota keluarga purata setiap 4 atau 5 hari sekali.
Han Lili telah memberi banyak sokongan kepada suaminya. Han Shaoan juga berusaha untuk kebahagiaan keluarganya. Mereka saling membantu supaya restoran sate itu dapat diuruskan dengan jayanya. Puan Han Lili berkata bahawa kami sudah berjanji akan menyewa lagi dua bilik untuk meluaskan restoran sate pada musim sejuk tahun ini agar membolehkan lebih ramai orang dapat menikmati sate dagaing kambing kami.

Han Shaoan bukan sahaja bercadang akan meluaskan restoran sate itu, tetapi juga telah menerima lebih ramai sanak saudaranya dari kampung halaman untuk berurusniaga bersama dengan mereka. Restoran sate itu berubah menjadi lebih menarik. Adik dan adik perampuan mereka telah memberi lebih banyak bantuan kepada mereka. Ma Yongming, seorang sahabat kepada mereka sedang bertugas untuk memanggang sate daging kambing.
Ma Yongming berkata bahawa lebih ramai penduduk kampung halaman dan sahabat datang ke Beijing untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Mereka tidak berehat pada hari minggu, oleh itu, mereka jarang berkumpul bersama-sama. Mereka hanya bertemu hari perayaan. Beliau berkata bahawa semasa hari Korban, sahabat saya telah memanggang seekor kambing di Baishatan. Kami berkumpul bersama untuk menikmati makanan yang sedap.

Kami amat rindu akan kampung halaman walaupun kehdiupan di kampung halaman itu tidak begitu kaya. Perasaan yang lebih mendalam telah ditinggalkan di kampung halaman. Beliau berhasrat akan membolehkan anggota keluarganya dapat mengamalkan kehidupan yang lebih bahagia daripada masa yang lalu, di samping itu juga bercita-cita yang luhur. Beliau berkata bahawa kami masih muda. Saya akan mendapatkan lebih banyak keuntungan membolehkan ibu bapa saya berpeluang untuk menunaikan fardu haji ke Mekah. Selepas itu, saya juga akan pergi ke Mekah. Ini merupakan hasrat besar bagi kami sebagai penganut Islam. 1 2
|