v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah tentang Cik Mahire dan Syarikat Perkhidmatan Rumahnya

2007-11-06 14:31:08 CRI

Pada pukul 8:30 pagi, Cik Mahire, gadis etnik Kazak telah tiba di pejabatnya dengan mengayuh basikal dan bersiap untuk memulakan kerja rutin harian.

Mahire yang berumur 27 tahun telah memiliki sebuah syarikat perkhidmatan rumah di bandar Yining, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di bahagain barat laut China. Sejak menubuhkan syarikat tersebut pada 2 tahun yang lalu, Mahire sentiasa datang ke pejabatnya pagi-pagi untuk mempersiapkan kerja harian dan membahagikan tugas untuk setiap orang kakitangannya.

Pada 2 tahun yang lalu, Mahire pernah bertugas sebagai seorang kakitangan kerajaan dan mempunyai kerja yang stabil lagi selesa.

"Pekerjaan pertama saya ialah bertugas sebagai penjaga arkib di Persatuan Kaum Wanita Bandar Yining. Ibu saya mengharapkan saya memilih kerja yang stabil."

Mahire menamatkan pengajiannya dalam universiti pada tahun 2003. Walaupun mendapat kerja yang diiri hati orang, Mahire memutuskan meletakkan jawatannya pada 3 tahun selepas itu.

Beliau berkata : "Setelah bertugas sebagai penjaga arkib selama tiga tahun, saya berasa agak bosan dan tidak mencapai apa jua kemajuan yang bersifat inovasi. Saya tidak memberitahu ibu saya dan turut memohon kepada pemimpin jabatan itu. Setelah menyerahkan kerja rutin kepada teman sekerja, saya meletakkan jawatan itu dalam tempoh kira-kira seminggu sahaja."

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |