v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah tentang Cik Mahire dan Syarikat Perkhidmatan Rumahnya

2007-11-06 14:31:08 CRI

Mahire berkata: "Pada suatu kali secara kebetulan, saya mengetahui satu dasar keutamaan yang dilaksanakan oleh Biro Pekerja Bandar Yining untuk membantu siswazah membuka syarikat dan boleh mengurangkan cukai industri dan komersial sebanyak 50%. Abang saya bertanya kepada saya bahawa apa saya mahu buat berdasarkan bantuan dasar itu?"

Mahire berasa peluangnya sudah datang dan harus mengambil peluang itu berkat bantuan dasar kerajaan.

Mahire berkata: "Pada waktu itu, saya mempunyai rancangan pertama iaitu membuka satu syarikat perkhidmatan rumah. Saya pernah menangani perkhidmatan rumah sewaktu bertugas di Persatuan Kaum Wanita Bandar Yining. Saya ingin memperluas saluran urusniaga dalam bidang perkhidmatan rumah."

Mahire berpendapat bahawa penduduk tempatan seperti etnik Kazak dan Uygur mempunyai adat resam dan tabiat kehidupan yang istimewa. Ini berfaedah baginya untuk mempopularkan kesedaran perkhimdatan rumah yang baru.

Mahire berkata: "Kami menyediakan perkhidmatan yang bermacam-macam kepada para pelanggan sejak kelahirannya hingga kematiannya. Mislanya, kami boleh menyediakan perkhimdatan rumah kepada kanak-kanak etnik Kazak dalam upacara genap sebulan sejak kelahirannya dan kepada kanak-kanak perempuan yang berumur 7 tahun dalam upacara memakai anting-anting. Kami menyediakan perkhidmatan guru pribadi kepada pelajar. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan upacara perkahwinan dan pengebumian."

Kemudiannya, Mahire menerbitkan iklan dalam surat khabar untuk mengupah kakitangan yang berijazah sarjana universiti ke atas. Akhirnya terdapat seramai lebih sepuluh orang siswazah datang ke pejabat Mahire untuk mendaftar nama.

Antaranya, Selkinur Asraf telah memohon untuk menganggotai syarikat Mahire dan berjaya dipilih sebagai jurugambar sekarang. Pada waktu itu, Selkinur Asraf juga boleh memilih untuk bertugas sebagai guru di satu sekolah menengah. Akan tetapi, beliau lebih suka pekerjaan sekarang.

Selkinur Asraf berkata : "Kerajaan membahagikan kerja kepada siswazah pada masa dahulu, keunggulannya ialah memperoleh pendapatan yang stabil manakala kelemahannya ialah tidak dapat memilih kerjaya yang sendiri minati. Kami penuh keyakinan sewaktu menghadapi persaingan pasaran yang sengit pada masa sekarang."

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |