Zhou Autonomi Etnik Tibet Diqing Shangrila terletak di provnisi Yunnan di bahagian barat daya China. 25 etnik minoriti seperti etnik-etnik Tibet, Lisu, Nasi, Bai dan Yi tinggal menetap di sana, antaranya 9 etnik minoriti secara turun-temurun tinggal di sana.

Amu yang berusia lebih 60 tahun, seorang penyanyi rakyat yang terkenal di Shngrila. Amu hanya pernah bersekolah selama beberapa tahun, akan tetapi beliau pandai menyanyikan lagu rakyat yang digubal oleh beliau sendiri. Amu berkata bahawa saya sejak kecil pandai menyanyikan lagu baik lagu rakyat maupun lagu samsu erntik Tibet yang lain. Saya sambil menebang kayu api sambil menyanyikan lagu bersama-sama dengan ibu bapa saya. Lagu tersebut telah diwariskan dengan baik.
Warga tua, Amu tinggal di pekan Shangrila pada masa sekarang. Beliau sering kali diundang menyanyikan lagu etnik Tibet untuk para tamu dari pelbagai tempat. Pertunjukannya telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Terdapat seramai beberapa puluh orang penyanyi rakyat yang terkenal seperti warga tua Amu di Shangrila. Sebuah kumpulan kesenian "Shangrila" yang terdiri daripada beberapa orang muda. Lagu-lagu etnik minoriti semula jadi yang dinyanyikan oleh mereka amat digemari oleh orang ramai. Mereka pernah dianugerah pingat perak kejohanan penyanyi pemuda China pada beberapa tahun yang lalu.
Hampir setiap orang yang tinggal di Shangrila pun pandai menyanyi . Ramai petani dan penggembala pandai menyanyikan lagu rakyat. Menyanyikan lagu dan menari telah memainkan peranan penting yang tidak dapat dikurangkan dalam kehidupan penduduk etnik minoriti di China.

Semasa mengadakan hari perayaan ulang tahun ke-50 penubuhkan Zhou Autonomi Diqing tidak lama lagi, kebanyakan petani dan penggembala memakai pakaian etniknya yang baru untuk mengutarakan perasaan penggembiraan. Li Wenming, seorang penari etnik Nasi berkata bahawa
penduduk etnik Nasi gemar akan menari tarian kumpulan, lebih-lebih semasa hari perayaan. Pemuda-pemudi berkumpul bersama-sama pada 8 Pebruari, hariraya yang penting bagi penduduk etnik Nasi. Para pemuda berkumpul bersama untuk merayakan pelbagai aktiviti, menari dan menyanyikan lagu di sana. Pesta tarian akan diadakan di setiap kampung yang didiami oleh penduduk etnik.
Pesta tarian mesti diadakan semasa hari perayaan dan juga diadakan pada hari biasa. Kebanyakan penduduk berkumpul di pelbagai medan budaya untuk menari dengan diringi irama muzik. Tarian yang dipertunjukkan oleh mereka itu bukan sahaja telah memperlihatkan kepandaian nyanyian dan tarian penduduk etnik minoriti, tetapi juga telah mendapatkan sokongan secara besar-besaran daripada kerajaan tempatan. Pengarah Jabatan Kebudayaan Diqing Encik Pujiang, etnik Tibet berkata bahawa pertunjukan tarian yang diadakan di medan tadi telah dikumpulkan oleh jabatan budaya daripada kalangan rakyat yang bertujuan untuk disusun semula dan dipopularkan. Tarian ini telah dipertunjukkan di pelbagai tempat desa, sekolah, perusahaan dan kawasan kediaman penduduk yang lain. Pertunjukan tarian di medan tersebut telah dijadikan sebagai gambaran yang sungguh menarik dalam kehidupan budaya di Zhou Autonomi Diqing pada masa sekarang.
1 2
|