v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Membangunkan Lebih Banyak Shangrila

2007-11-23 13:37:32 CRI

China merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 56 buah etnik. Terdapat lebih 200 orang wakil berasal dari kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti antara lebih 2200 orang wakil yang turut menghadiri Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China yang diadakan baru-baru ini. Gesang Dunzhu, Ketua Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Etnik Provinsi Yunnan China pernah dipilih sebagai wakil yang menyertai Kongres Kebangsaan ke-15,ke-16 dan ke-17 Parti Komunis China.

Zhou Autonomi Diqing merupakan sebuah Zhou Autonomi Tibet Provinsi Yunnan di bahagian barat daya China. Ia terkenal kerana Shangrila terletak di tempat itu. Kawasan itu dikelilingi oleh gunung-ganang, puncak gunung disekitarnya dilitupi salji, hutan semula jadi dan tasik terletak di sana. Selain penduduk Tibet, terdapat 12 etnik minoriti termasuklah etnik-etnik Lisu, Nasi, Yi. Bai, Hui dan lain-lain secara turun-temurun tinggal menetap di kawasan yang indah itu. Ramai pelancong China dan luar negara telah melancong ke sana untuk menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi. Akan tetetapi, infratruktur kemudahan di kaunti Diqing adalah terlalu mundur, kesesakan hubungan lalu lintas telah menyekat peningkatan pertumbuhan ekonomi di Diqing. Gesang Dunzhu berkata bahawa anggota keluarga saya pernah berdiri di pinggir sebuah lapangan terbang selama lebih satu jam untuk menikmati kapal terbang mendarat atau berlepas. Anak perempuran saya menanyakan saya: Kenapa bapa suka menyaksikan kapal terbang mendarat atau berlepas. Saya menjawab, sebuah lapangan terbang akan dibina di kampung halaman kami.

Gesang Dunzhu secara khusus bersama-sama dengan anggota keluarganya datang ke lapangan terbang Kunming untuk menikmati kapal terbang semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Zhou Autonomi Diqing pada tahun 1991. Encik Gesang Duzhu dan rakyat pelbagai etnik tempatan sentiasa berharap agar meningkatkan taraf perhubungan lalu lintas di kampung halamannya.

Di lapangan terbang Kunming, Gesang Dunzhu berpikir bahawa kaunti Diqing terletak di pusat yang menyambungkan provinsi-provinsi Yunnan, Sichuan dan Tibet China. Kedudukan geografi yang istimewa dan cuaca yang baik, pemandangan yang indah permai dan sumber pelancoangan kaya-raya. Pesawat hanya terbang selama 50 minit boleh tiba di Diqing dari Kunming. Kawasan itu pasti menjadi makmur jikalau perhubungan lalu lintasn dibaikpulihkan dan memegang peluang pembangunan.

Cadangan Gesang Dunzhu yang akan membina sebuah lapangan terbang di Diqing itu adalah sukar difahami oleh ramai orang. Ada orang berkata bahawa tidak bersyarat untuk membina sebuah lapangan terbang kerana tiada sebatang jalan raya yang bermutu tiniggi di Diqing. Ada juga orang berkata bahawa lapangan terbang itu tidak akan berguna kerana hanya seramai 300 ribu orang penduduk di Zhou Autonomi Diqing itu. Gesang Dunzhu tidak putus asa dan pernah kerap kali menasihatkan jabatan yang berkenaan tentang peranan penting tentang pembinaan lapang terbang itu dan mengundang pakar datang ke tempat kejadian untuk mengadakan penyelidikan terhadap kemungkinan pembinaan lapangan terbang itu. Melalui kegiatan tak kendur-kendurnya, projek pembinaan lapangan terbang Diqing itu telah disahkan oleh kerajaan.

Seperti jangkaan Gesang Dunzhu, pembinaan lapangan terbang itu telah merangsang pertumbuhan ekonomi temaptan Diqing. Jumlah pelancong ke Diqing tidak mencukupi seramai 10 ribu orang pada tahun 1991 dan jumlah keseluruhan pendapatan kewangan di Zhou Autonomi Diqing itu hanya mencatat lebih 40 ribu juta yuan RMB pada tahun 1991. Selepas lapangan terbang Diqing dibuka pada tahun 1999, pelancong ke Zhou Autonomi Diqing berjumlah 1 juta 120 ribu orang dan jumlah keseluruhan pendapatan pelancongan mencatat 540 juta yuan RMB.

Encik Gesang Dunzhu berasal daripada sebuah kampung yang didiami oleh penduduk Tibet yang terlalu mundur di kaunti Zhongdian Zhou Autonomi Tibet Diqing. Beliau tidak dapat mengikuti pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah kerana keluarganya miskin. Selepas bekerja dan dilantik sebagai pemimpin kerajaan tempatan beliau telah melanjutkan pelajaran di sekolah pengajian tinggi.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |