v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Membangunkan Lebih Banyak Shangrila

2007-11-23 13:37:32 CRI

Gesang Duzhu kerap kali mencari peluang yang baru meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Diqing selain infrastruktur ditingkatkan. Sun Jiong, seorang pemandu pelancongan provinsi Yunnan China dan rakannya telah mengadakan tinjauan ke beberapa tempat destinasi yang terletak di kauntii Zhongdian Zhou Autonomi Tibet Diqing berdasarkan sebuah novel "Kehilangan Horizon" yang ditulis oleh seorang penulis Amerika Syarikat James Hilton yang diterbitkan pada tahun 1993. Selepas kembali ke hotel, Sun Jiong dan rakannya memperkenalkan perkara ini kepada Gesang Dunzhu, yang menjawat jawatan Setiausaha Jawatankuasa Zhou Autonomi Tibet Diqing. Gesang Dunzhu berkata bahawa Sun Jiong memberitahu saya bahawa Shangrila yang diperkenalkan dalam novel itu amat mirip dengan Diqing dalam bidang ekologi semula jadi dan adat resam. Beliau berpendapat, Shangrila mungkin terletak di Diqing.

Diqing bermakna Tempat yang penuh aman sentosa dalam bahasa Tibet dan ertinya bersama dengan Shangrila. Gesang Dunzhu berasa amat gembira dan tidak dapat tidur sepanjang malam itu.

Selepas itu, tindakan penyelidikan terhadap Shangrila di Diqing telah dilaksanakan secara beransur-ansur di bawah penggalakan secara positif Gesang Dunzhu. Kerajaan provinsi Yunnan China pada September tahun 1997 mengumumkan bahawa Shangrila yang menarik itu terletak di Diqing provinsi Yunnan China. Sejak itu, jumlah pelancong ke Diqing pada tahun 1991 telah mencatat 540 ribu orang, jumlah itu mencatat 10 kaliganda daripada tahun 1994. Dewan Negara China telah mengesahkan secara rasmi bahawa kaunti Zhongdian berubah menjadi kaunti Shangrila pada Disember tahun 2001.

Semasa Gesang Dunzhu dilantik sebagai Ketua Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik-Etnik provinsi Yunnan China pada tahun 1998, kebanyakan penduduk etnik minoriti telah mengalu-alukan beliau yang dinamakan sebagai penaja Shangrila. Beliau berkata bahawa Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Hu Jintao dalam laporan Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komnuis China pernah 4 kali telah menegaskan bahawa kita akan meningkatkan pembangunan kemakmuran bersama, menegaskan secara khusus isu bantuan kepada kawasan sempadan, kawawan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti dan kawasan yang mundur. Saya sebagai wakil Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China dan pekerja etnik minoriti pasti akan bekerja tekun dan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan perpaduan dan kemakmuran pelbagai etnik. Gesang Dunzhu berkata bahawa beliau berharap agar lebih banyak tempat seperti Shangrila akan dibangunkan di provinsi Yunnan untuk meningkat secara berterusan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |