v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Etnik Shui di Guizhou China

2007-11-30 14:03:40 CRI

Dalam kalangan kebanyakan penduduk entik minoriti di China, penduduk etnik Shui yang tinggal menetap di provinsi Guizhou di barat daya China merupakan salah satu etnik minoriti yang mempunyai bahasa dan huruf etnik mereka sendiri.

Kaunti Autonomi etnik Shui Sandu Guizhou merupakan satu-satunya kaunti autonomi etnik Shui di China. Kampung yang didiami oleh penduduk etnik Shui dengan bersejarah lama dan bercirikan keistimewaan dan pemandangan ekologi semula jadi yang indah telah menjadi destinasi pelancongan kebudayaan ekologi semula jadi yang penting di provinsi Guizhou China. Kampung Shuige yang bercirikan budaya etnik Shuizu menjadi contoh budaya etnik Shui telah termaklub dalam senarai kampung percubaan pembangunan pedesaan yang baru di provinsi Guizhou pada tahun 2006. Oleh itu, kerajaan tempatan berusaha untuk meningkatkan industri pelancongan ekologi semula jadi. Seorang pegawai kerajaan tempatan, Puan Hu Xueli berkata bahawa kampung Shuige telah mengalami perubahan yang besar . Beliat berkata bahawa

pelancongan di kampung Shuige telah dilaksanakan selama 3 tahun bermula pada tahun 2005. Kehidupan penduduk kampung Shuige telah mengalami perubahan yang besar. Selepas industri pelancongan dilaksanakan, kerajaan Kaunti Autonomi Etnik Shui telah meningkatkan peruntukan kewangan untuk membaiki kemudahan pembekalan air minuman dan karah elektrik supaya penduduk awam dapat mengamalkan kehidupan yang bahagia. Jumlah pendapatan bersih per kapita di kampung Shuige mencatat 1883 yuan RMB pada tahun lalu dan jumlah bahan makanan per kapita mencatat 376 kilogram.

Puan Hu Xueli berkata bahawa reka bentuk rumah kediaman yang diperbuat daripada batu bata, sawah yang bertingkat-tingkat, nyanyian etnik Shui yang merdu dan sulaman Mawei sebagai faktor pelancongan etnik Shui telah menarik labih ramai pelancong dari pelbagai tempat. Penduduk kampung yang tidak pernah pergi ke tempat lain dapat menjelaskan keadaan yang kaya-raya di tempat lain melalui bergaulan dengan pelancong. Oleh itu, muzik dan tarian etnik Shuizu yang hampir pupus telah dirancakkan berdasarkan penggalakan industri pelancongan.

Pembangunan industri pelancongan peningkatkan usaha pengembangan dan perlindungan penduduk etnik Shui terhadap budaya tradisional mereka sendiri. Kebanyakan penduduk etnik Shuizu mengajar kesenian etnik mereka kepada anak mereka sendiri. Mata pelajaran sulaman dan lain-lain telah dibuka di sekolah. Penduduk kampung yang bekerja di tempat lain juga kembalik ke kampung halamannya untuk bermain Lusheng, sejenis alat muzik tradisional yang tidak bermain kerap kali dan menari yang diadakan semasa hari perayaan. Wu Hongzhuan, seorang penduduk kampung Shuige berkata, pewarisan budaya etnik-etnik merangsangkan industri pelancongan adat resam, memperkaya kehidupan budaya dan kebendaan penduduk kampung, industri pelancongan telah membawa kebahagiaan kepada penduduk etnik Shui. Wu Hongzhuan berkata bahawa kumpulan kesenian yang terdiri daripada lebih 50 orang sekurang-kurangnya mengadakan 3 hinga 5 kali pertunjukan kesenian purata setiap minggu. Kami juga adalah ahli kesenian petani.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |