Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Guizhou Parti Komunis China Wang Fuyu berkata bahawa kami melaksanakan industri pelancongan ekologi, meningkatkan pertumbuhan ekonomi tempatan melalui industri pelancongan, di samping itu juga mengembangkan dan melindungi budya etnik Shui sendiri. Penduduk etnik Shui pada masa sekarang telah mengamalkan kehidupan yang bahagia. Beliau berkata bahawa jumlah pelancong telah meningkat kepada 40% pada tahun 2006. Kaum petani telah mendapat banyak keuntungan daripada industri pelancongan tempatan. Jumlah keseluruhan pendapatan pelancongan yang berlarutan selama tiga tahun di provinsi Guizhou telah meningkat lebih 50%.
Kampung Shuige menjadi sebagai contoh di Guizhou tentang industri pelancongan bermanfaat bagi penduduk awam. Penduduk kampung etnik Shuizu telah mendapat lebih banyak keuntungkan daripada industri pelancongan. Kebanyakan rumah kediaman yang diperbuat daripada kayu dan batu-bata telah selesai dibina di kampung Shuige pada masa sekarang. Taraf hidup penduduk awam telah meningkat dengan pesat. Seramai lebih 100 ribu orang pelancong China dan luar negara telah melancong ke kampung Shuige pada Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah pendapatan pelancongan mencatat 2 juta yuan RMB. Meng Zekun, seorang penduduk kampung berkata bahawa jumlah pendapatan bulanan saya hanya seribu yuan RMB semasa industri pelancongan tidak dilaksanakan di kampung kami. Selepas palancongan dapat dilaksanakan pada masa sekarang, segenap anggota keluarga kami telah menganggotai persatuan pelancongan. Jumlah pendapatan bulanan mencatat kira-kira 2 ribu yuan RMB pada masa sekarang. Kami juga menghasilkan barang kraf tangan pelancongan.
Pembangunan industri pelancongan bukan sahaja dapat merangsangkan pertumbuhan ekonomi kampung Shuige, tetapi juga telah mengembangkan dan melindungi budaya etnik Shui yang bernilai. Penduduk etnik Shui mengetahui untuk menghargai warisan budaya etnik mereka sendiri di samping menjelaskan keadaan tamadun yang berlaku di temapt lain. Wu Hongzhuan, seorang penduduk kampung Shuige berkata,
kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat yang menyediakan kewangan kepada penduduk etnik minoriti untuk membanteras kemiskinan. Kami sebagai penduduk etnik Shui dan warga negara etnik minoriti yang tinggal di kampung itu seharusnya memberi sokongan kepada Parti Komunis China dan tanah air. 1 2
|