v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hugurci, Kumpulan Penyanyi Etnik Mengol di Padang Rumbut Khorchin Wilayah Autonomi Mengolia Dalam China

2007-12-07 13:01:21 CRI

Terdapat sebuah kumpulan etnik Mengol yang tinggal di padang rumput Khorchin di utara China. Mereka bergemar akan menceritakan kisah yang tersebar dalam masa panjang dengan diringi irama muzik tradisional. Mereka itu dinamakan sebagai Hugurci.

Hugurci berasal pada zaman abad ke-12. Kawasan Khorchin berkembang menjadi kawasan yang separuh pertanian dan separuh penternakan daripada kawasan penternakan pada awal abad ke-19. Hubungan rapat telah dijalinkan antara penduduk etnik Mengol dengan penduduk etnik Han. Mereka sentiasa berkumpul untuk mengadakan aktiviti rekreasi. Selain menyanyikan lagu rakyat, mereka sering kali berkumpul untuk menikmati nyanyian Uri Gur dan Haolaibao, sejenis nyanyian tradisional yang agak popular di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam China yang dipersembahkan oleh Hugurci yang dijadikan sebagai rekreasi yang sungguh menarik di kawsan itu.

Kaunti Zhalute, salah sebuah kawasan pentadbiran peringkat kaunti di padang rumput Khorchin itu merupakan tempat asal Hugurci. Dilaporkan bahawa Zhalute diterjemah sebagai nama tempatan dalam bahasa Mengol dan bermakna pemberitahuan. Penduduk etnik Mengol tidak mempunyai huruf mereka sendiri pada zaman Genghis Khan. Perintah ketenteraan dalam zaman peperangan akan disampaikan dengan membaca sajak yang digubah oleh mereka sendiri. Ini dianggap sebagai asal usul Haolaibao itu. Para seniman bergemar akan menyanyikan Haolaibao dan Uri Gur. Uri Gur yang dipersembahkan oleh Hugurci akan berlangsung selama beberapa puluh jam atau lebih 15 hari.

Hugurci kerap kali diundang untuk mengadakan persembahan di rumah kediaman penduduk tempatan selepas musim penuaian pada pertengahan abad ke-20 yang lalu. Deliger, seorang warga tua etnik Mongol yang berusia 62 tahun ini yang berkata bahawa semasa saya berumur 7. 8 tahun ini, penduduk kampung megundang seorang seniman bercerita merupakan perkara yang sungguh menarik di kampung kami. Hugurci telah dijemput dengan menumpang pedati, alat pengangkutan utama penduduk etnik Mengol dari tempat yang jauh untuk mengadakan persembahan. Penduduk tempatan tinggal secara terpencar-pencar di kawasan penternakan ketika itu.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |