Huruf yang diciptakan oleh penduduk etnik Mengol itu bersejarah tidak lama. Kebanyakan catatan sejarah yang bernilai adalah diwarisi secara turmun-temurun menerusi nyanyian Hugurci dan tidak pupus. Yang sungguh berasa kesalnya ialah Hugurci seolah-olah hampir pupus pada masa sekarang. Seiring dengan pempopularan program TV dan acara rekreasi juga berubah menjadi lebih kara-raya, jumlah penyanyi Hugurci berkurang hanya tinggalkan beberapa puluh orang di padang rumput Khorchin pada tahun 2004. Hugurci telah berlepas diri daripada kehidupan penduduk tempatan. Pakar Institusi Penyelidikan Kesenian Kesusasteraan Bandar Tongliao Wilayah Autonomi Mengolia Dalam China, Encik Sanbula Noribu berkata bahawa tempat yang disediakan kepada Uri Gur yang lalu telah digantikan dengan bilik bola billiad dan bilik rekreasi atau bilik mengadakan tarian sejak tahun 1990. Seniman bercerita dan penggemar berkurang secara beransur-ansur, hanya warga tua bergemar akan menikmati persembahan acara kesenian ini. Orang muda tidak gemar akan acara kesenian ini. China sebagai negara pemeterai telah menganggotai Konvensyen Warisan Budaya Bukan Benda Manusia PBB (UNESCO) pada tahun 2001. Selepas itu, kerajaan China telah mengadakan siri aktiviti yang bertujuan untuk melindungi warisan budaya bukan benda, misalnya memilih pewaris benda budaya dan lain-lain. Kerajaan tempatan juga mengambil tindakan, termasuklah membuka kursus latihan Hugurci dan mengadakan pesta persembahan nyanyian Haolaibao dan lain-lain. Akademi Sosial dan Sains China telah melaksanakan projek penyelidikan lapangan Uri Gur pada tahun 2004. Pengarah projek penyelidikan itu, Siqinbatu berkata bahawa tiada catatan vedio yang diambil daripada tempat kejadian persembahan Uri Gur pada masa sekarang. Aktiviti penyelidikan itu yang diadakan pada tahun 2004 dan 2005 itu telah mengisi

kekosongan ini.
Menurut perkenalan Encik Xu Changhe, Pengarah Jabatan Kesenian Radio Bandar Tongliao Wilayah Autonomi Mengolia Dalam, vedio nyanyian Uri Gur selama kira-kira 4 ribu jam telah dirakamkan oleh radio Bandar Tongliao selama 30 tahun ini. Kebanyakan seniman bercerita kalangan rakyat telah dijemput oleh radio untuk merakamkan acara kesenian ini. Pakar kesenian muzik kalangan rakyat Zhu Zhizhong berkata bahawa saya berpendapat bahawa kesenian semula jadi mesti disebarkan menerusi siaran yang moden pada masa sekarang. Perlindungan ekologi semula jadi bermakna untuk melindungi budaya kebangsaan China.

Pada tahun 2006 amat bererti bagi perlindungan Hugurci dan Uri Gur. Kerajaan Kaunti Zhalute telah mengadakan Pesta Kesenian Uri Gur Ke-1 pada tahun yang lalu. Uri Gur telah dicatatkan secara rasmi ke dalam senarai warisan budaya bukan benda peringkat negara pertama pada tahun 2006. Perkara ini merupakan kejayaan besar kepada seniman bercerita Hugurci kalangan rakyat yang pernah memberi kegiatan yang besar itu. 1 2
|