v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penggembala etnik Tibet di Sanjiangyuan Provinsi Qinghai China telah Mengamalkan Kehidupan Baru

2007-12-14 11:24:45 CRI

Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang berpunca daripada kawasan bahagian barat provinsi Qinghai China itu yang disebut sebagai Sanjiangyuan. Sanjiangyuan terletak di kawasan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, terdapat banyak tasik dan sungai, dan merupakan kawasan sumber air yang paling penting di China. Dengan sedemikian, disebabkan oleh faktor alam sekitar dan tindakan manusia, ekologi alam sekitar di kawasan Sanjiangyuan berubah menjadi lebih merosot dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Demi mengatasi tekanan padang rumput semula jadi di kawasan ini, terdapat lebih 30 ribu orang penggembala di antara lebih 500 ribu orang penggembala yang tinggal menetap di kawasan Sanjiangyuan itu telah berhijrah daripada kawasan itu untuk tinggal menetap di kawasan bandar.

Nyima yang berumur 38 tahun ini telah menjual lebih 40 ekor lembu yang diternakannya telah berhijrah ke kampung penghijrah ekologi yang terletak di kawasan selatan Golmud provinsi Qinghai daripada kawasan Sanjiangyuan yang setinggi lebih 4500 meter dari paras laut pada 3 tahun yang lalu. Nyima berkata bahawa mereka mengamalkan kehidupan yang lebih baik daripada masa yang lalu. Dia berkata bahawa kami boleh berjumpa dengan doktor untuk mengubati penyakit di klinik yang terletak di dalam kampung itu sesudah berpindah dari tempat lain. Kemudahan kehidupan kami telah mengalami perubahan yang besar daripada masa yang lalu seperti paip air dan elektrik.

Nyima, bapa kepada Nyima yang berusia lebih 60 tahun, isteri dan tiga orang anak bersama-sama tinggal di dalam rumah yang diperbuat daripada batu bata dengan luas pantainya lebih 70 meter persegi pada masa sekarang. Sebuah TV yang baru beli itu terletak di dalam bilik kediamannya. Nyima berkata bahawa rumah yang baru itu telah dibina dengan belanja yang disediakan oleh kerajaan tempatan kepada penggembala tersebut. Beliau dan lebih 100 buah keluarga penggembala menyahut seruan kerajaan telah berpindah secara sukarela ke kampung baru itu daripada padang rumput Sanjiangyuan pada tahun 2004 yang lalu.

Kampung penghijrah ekologi Changjiangyuan hanya berjarak kira-kira 30 kilometer daripada bandar Golmud. Di dalam kampung itu, pemberita melihat banyak perumahan yang mempunyai cirri-ciri tradisional dan langgam etnik Tibet terletak di kedua-dua belah jalan raya, bendera Koran yang berwarna-warni berkibaran di bumbung rumah mereka. Anak-anak kepada penggembala yang memakai pakaian etnik Tibet bermain-main dengan riang gembira di tepi jalanraya yang diturap dengan tar dan diperbuat daripada simen yang lebar. Kampung baru itu berada dalam suasana aman sentora dan harmoni. Ketua kampung Penghijrah Changjiangyuan Puan Zhang Xiaowen berkata bahawa kumpulan penduduk penghijrah dapat berpindah ke kampung baru itu secara sukarela berdasarkan panduan kerajaan tempatan. Mereka itu ialah keluarga penggembala yang tidak menguruskan penternakan atau keluarga yang menguruskan penternakan yang berjumlah kecil.

Kumpulan penggembala etnik Tibet yang berpindah daripada dataran tinggi telah mengalami perubahan yang besar dalam bidang persekitaran dan kebiasaan kehidupan mereka. Mereka memang menghadapi banyak kesukaran dalam bidang penghasilan dan kehidupan. Mereka hanya pandai untuk menternak lembu dan kambing pada masa yang lalu. Mereka berasa ketidakpuasan terhadap kehidupan yang baru ini.

Kerajaan China dan pelbagai lapisan masyarakat telah memberikan banyak bantuan kepada kumpulan penggembala, misalnya membina rumah yang baru. Dijangka seluas 35 hektar tanah di kampung penghijrah Changjiangyuan telah dibagikan untuk membina 128 set rumah kediaman, menyediakan rumah yang luas lantainya lebih 60 meter persegi untuk setiap keluarga penggembala. Kerajaan tempatan membina sekolah, hospital dan menyediakan kewangan kepada setiap keluarga penggembala. Demi membolehkan penggembala etnik Tibet berhubung rapat dengan masyarakat dalam pelbagai bidang dan menikmti kehidupan yang baru secara berdikari, kerajaan tempatan menjalankan latihan secara meluas kepada tenaga pekerja dan petani supaya bersesuaian dengan kehidupan yang baru. Nyima berkata bahawa saya telah membeli sebuah mini bas untuk menguruskan garis pengangkutan bandar Gelmud ke Sungai Tuotuo pada tahun lalu. Selain itu, saya juga menguruskan sebuah bar Langma, jumlah pendapatan setiap tahun mencatat kira-kira lebih 30 ribu yuan RMB.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |