v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Fei Long, Seorang Doktor Perubatan Tradisional China dari Afrika

2007-12-17 11:07:06 CRI

Chia Fuhzah Njiti datang dari Camerun ke China untuk mempelajari perubatan tradisional China. Nama Chinanya ialah Fei Long. Sekarang, Fei Long sedang bekerja di Hospital Pemulihan Palsi Serebrum Provinsi Shanxi China.

Dalam sebuah wad hospital tersebut, Fei Long sedang melakukan rawatan pengurutan, akupunktur dan moksibusin untuk kanak-kanak yang terkena penyakit palsi serebrum. Ibu bapa kanak-kanak itu berkumpul di sisi Fei Long untuk melihat proses rawatannya. Seorang kanak-kanak sedang menangis sambil melihat doktor Fei Long. Fei Long berkata:

"Dia takut saya melakukan rawatan akupunktur kepadanya, doktor memang ditakuti oleh semua kanak-kanak yang jatuh sakit."

Fei Long dipanggil "Pak Hitam" oleh kanak-kanak di sana. "Pak Hitam" dari Camerun itu dihantar oleh kerajaan ke Sekolah Perubatan Tradisional China Provinsi Shanxi untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana di jurusan pemulihan saraf kanak-kanak pada empat tahun yang lalu. Sejak itu, beliau melakukan rawatan pemulihan untuk kanak-kanak yang terkena penyakit palsi serebrum di Hospital Pemulihan Palsi Serebrum Provinsi Shanxi secara sukarela. Fei Long berumur 32 tahun, semasa memperkenalkan diri kepada orang lain, beliau berkata, nama saya Fei Long, "Fei" bermakna Afrika, "Long" bermakna naga China. Beliau memberitahun wartawan bahawa beliau pernah belajar bahasa Mandarin di Camerun:

"Semasa belajar dalam universiti perubatan Cameroon, saya mula berminat akan pelbagai jenis cara perubatan tradisional. Saya berpendapat bahawa perubatan tradisional China berkembang paling baik. Akupunktur dan moksibusin dalam perubatan tradisional China sangat berkesan. Akan tetapi teori dan kaedah perubatan tradisional China agak sukar difahami, lebih-lebih bagi orang asing. Misalnya, semasa membaca 'Huang Di Nei Jing', meskipun ada edisi bahasa Inggeris, tetap sangat sulit bagi saya."

Fei Long masih ingat akan keadaan semasa beliau buat kali pertama datang ke China. Semua yang dilihat telah mengejutkannya.

"Setelah tiba di lapangan terbang Beijing, perjalanan ke hotel menggunakan waktu kira-kira satu jam. Saya merasa sangat terkejut, bandar Beijing besar sekali dan berkembang dengan baik, ini merupakan kesan pertamaku terhadap Beijing. Menurut pandangan saya, 95% orang yang pertama kali datang ke China akan mendapat kesan seperti saya, sangat heiran."

Selanjutnya, Fei Long datang ke bandar Taiyuan, ibu kota Provinsi Shanxi untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Perubatan Tradisional China Provinsi Shanxi. Serentak dengan itu, beliau juga sering kali pergi ke Hospital Pemulihan Palsi Serebrum Provinsi Shanxi agar melakukan rawatan pemulihan untuk kanak-kanak secara sukarela. Pengarah hospital tersebut, Puan Guo Xinzhi masih ingat akan keadaan Fei Long baru memulakan perkhidmatannya di sana:

"Pada dulunya, ramai pesakit tidak mahu menerima rawatan daribeliau. Ada pesakit berkata bahawa 'saya tidak mahu dirawat oleh Pak Hitam itu.' Kerena mereka merasa takut. Saya memberitahu kanak-kanak bahawa Pak Hitam ini baik sekali, jika takut, kamu jangan melihat mukanya semasa diurutnya."

Tidak lama kemudian, keadaan itu telah berubah.

"Semasa melakukan rawatan, beliau sangat lembut. Kanak-kanak ialah cerdas. Mereka mula meminta rawatan Pak Hitam. Beransur-ansur, pesakit yang meminta rawatannya menjadi semakin ramai. Beliau terpaksa memperpanjang waktu kerja agar memenuhi permintaan kanak-kanak."

"Saya sangat sayangi kanak-kanak. Saya tidak boleh menghentikan kerjaku kerana kelelahan.Saya dengan sedaya upaya agar berkhidmat untuk kanak-kanak," Fei Long berkata.

Semasa mengadakan wawancara, Fei Long sedang melakukan pengurutan untuk seorang kanak-kanak yang berumur 15 tahun.

"Apakah anda pernah menerima rawatan pengurutan dari orang lain?"

"Ya."

"Rasanya sama atau tidak?"

"Sedikit berbeza, di sini lebih seronok."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |