Kebanyakan kanak-kanak yang terkena palsi serebrum kurang upaya dalam bidang kecedasan atau kemampuan bergerak. Oleh sebab itu, rawatan pemulihannya sangat panjang. Sebagai rakan sekerja Fei Long, Doktor Shi Xiaojie telah menyanjung tinggi kerja Fei Long:
"Beliau lebih bersungguh-sungguh berbanding kami. Kerjanya sangat teliti. Beliau penuh dengan rasa cinta terhadap kanak-kanak yang terkena palsi serebrum dan juga sangat mencintai usahanya."
Kini, Fei Long merasa kehidupannya telah menjadi sama dengan orang tempatan. Perubahan besar yang dialami oleh beliau sendiri sangat menggembirakannya.
"Bandar Taiyuan telah berbeza dengan yang lalu, jalan, bangunan, bahkan caucanya pun berbeza dengan yang lalu. Jika seorang pernah datang ke Taiyuan pada tahun 2003, semasa dia kembali ke sini pada tahun ini atau tahun depan, dia akan berkata bahawa ini bukan bandar Taiyuan, ini adalah bandar yang lain. Nampaknya bandar Taiyuan telah dibina semula secara menyeluruh dan menjadi bandar Taiyuan baru. Ini hebat sekali."
Pada waktu lapang, Fei Long suka melatih Taiji dan Wushu. Bagi orang Afrika ini, kehidupan selama empat tahun di China telah membawa pengaruh penting kepadanya. Beliau berharap dapat tinggal menetap di China.
"saya merasa sangat untung dapat hidup di China, kerana China sedang mengalami perubahan besar. Setiap hari saya hidup bersama-sama dengan orang China dan telah dapat memahami sebahagian kehidupan mereka. Saya berharap dapat terus tinggal di China, makin lama makin baik. Saya cinta akan Shanxi dan China. Saya berharap dapat mendirikan rumah tangga di China. Saya telah memandang China sebagai kampung halaman keduaku." 1 2
|