v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hasrat Dainzin Co, Seorang Penggembala Etnik Tibet China

2007-12-21 14:03:19 CRI

Penduduk etnik Tibet yang menguruskan penternakan itu tinggal menetap di kawasan yang berhampiran dengan tasik Qinghai di provinsi Qinghai di bahagian barat China. Demi membaikpulih ekologi alam sekitar dan melindungi tasik Qinghai, dasar yang memulihkan tasik di kawasan penternakan telah dilaksanakan oleh kerajaan tempatan. Oleh itu, kebiasaan kehidupan penduduk etnik Tibet telah mengalami perubahan yang besar.

Dainzin Co, seorang penggembala etnik Tibet bertubuh badan tegap dan air mukanya hitam kemerah-merahan. Rumah kediamannya terletak di kaunti Haiyan yang berjarak 30 kilometer di bahagian timur laut tasik Qinghai. Kaunti Haiyan merupakan salah sebuah kaunti yang didiami oleh penduduk etnik Tibet.

Pelbagai jenis binatang liar Tasik Qinghai yang jarang dapat ditemui di tempat lain dan telah memainkan peranan penting dalam melindungi keselamatan ekologi di bahagian utara Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan menghalang kawasan ini dipasirkan dari bahagian barat ke bahagian timur. Tasik Qinghai dicatatkan dalam senarai tanah payah antarabangsa yang penting pada tahun 1992. Dengan demikian, suhu di seluruh muka bumi telah meningkat, padang rumput di sekitar tasik Qinghai telah dikambus oleh pasir ribut secara berturut-turut dalam belasan tahun kebelakangan ini. Menurut angka terkini dari Jabatan Penyelidikan Hydrologi provinsi Qinghai, paras air tasik Qinghai telah turun 12.1 milimeter purata setiap tahun, paras air turun 21 milimeter pada tahun 2000. Perkara ini telah menjejaskan secara langsung perubahan iklim China bahkan seluruh dunia. Demi melindungi keseimbangan ekologi alam sekitar di tasik Qinghai, dasar memulihkan tanah pertanian menjadi hutan semula jadi dan padang rumput, memulihkan hutan menjadi hutan semula, melindungi padang rumput di kawasan yang berhampiran dengan tasik Qinghai, mencegah kelongsoran tanah telah dilaksanakan oleh kerajaan provinsi Qinghai pada tahun 2001.

Tindakan perlindungan ekologi alam sekitar telah bermakna menjual habis lembu dan kambing yang diternakan oleh anggota keluarga Dainzin Co supaya penternakan tidak diuruskan setakat ini. Tuan rumah Ying Sen berkata bahawa saya pernah menternak lebih 400 ekor kambing dan lebih 400 ekor lembu sebelum dasar itu dilaksanakan. Jumlah pendapatan purata setiap tahun sebanyak lebih 10 ribu yuan RMB. Saya berasa sukar sekali jikalau tidak menternak lembu dan kambing yang diuruskan pada masa yang lalu.

Dainzin Co berkata bahawa kebanyakan penggembala seperti isterinya tidak memahami dasar yang memulihkan tasik di kawasan penternakan, akan tetapi, beliau dapat memahami dasar kerajaan itu, kerana perkara ini bermanfaat bagi penggembala dari segi perlindungan ekologi alam sekitar dalam jangka masa yang panjang, mereka akan menghadapi banyak kerugian jikalau ekologi alam sekitar berubah menjadi lebih buruk. Dainzin Co berkata bahawa pemandangan di sini amat indah pada masa yang lalu, dan berubah lebih buruk lagi bermula pada beberapa tahun yang lalu. Gunung hijau telah berubah menjadi tanah tandus. Oleh itu, kami mesti melarang kegiatan penternakan untuk sediakan iklim yang baik kepada generasi muda.

Demi menjamin kehidupan penggembala, kerajaan tempatan telah memberi banyak bantuan dan dasar keutamaan kepada mereka, dan pelbagai latihan yang percuma telah diadakan. Kebanyakan penduduk kampung mencari peluang pekerjaan ke tempat lain, ada orang telah menguruskan pengangkutan kargo untuk mengamalkan kehidupan yang lebih baik daripada masa yang lalu. Banyak penumpang bas berlayar laju di jalan raya, oleh itu, Ying Sen bercadang akan menguruskan pelancongan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |