v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hasrat Dainzin Co, Seorang Penggembala Etnik Tibet China

2007-12-21 14:03:19 CRI

Hasrat Ying Sen mendapatkan banyak bantuan daripada kerajaan kampung itu. misalnya semua tatacara pelulusan yang berkenaan telah dibenarkan segera, semua cukai pengelolaan dielakkan dan menyediakan sebuah kemah yang diperbuat daripada buluh kambing yang khusus kepada mereka untuk menerima pelancong. Oleh itu, sebuah keluarga penduduk etnik Tibet pertama yang mengusahakan pelancongan telah ditubuhkan di kampung itu. Ying Sen berkata bahawa bantuan kewangan bagi memulihkan penternakan di kawasan tasik yang diserahkan oleh negara kepada kami akan digunakan habis. Pelancongan keluarga ini menyediakan jaminan kehidupan kepada kami. Pelancongan keluarga etnik Tibet merupakan cara yang baik bagi kami. Pelancong dari tempat lain gemar akan minuman susu masam dan teh susu. Jumlah pendapatan mencatat lebih 4 ribu yuan RMB pada Jun dan Ogos tahun ini.

Ying Sen memberitahu wartawan bahawa sekalipun mereka dilarang untuk menternak kambing dan lembu pada masa sekarang, akan tetapi pelancongan keluarga etnik Tibet diuruskan dengan jayanya. Beliau mendapat ilham bahawa dua orang anaknya yang sama seperti anak yang tinggal di bandar telah mengikuti pelajaran secara percuma di sekolah.

Dogo Tashi, anak bungsu kepada Ying Sen yang berumur 13 tahun ini telah mengikuti pelajaran di sekolah rendah. Beliau berasa sungguh gembira kerana dapat belajar dan berhubung rapat dengan murid yang lain. Dogo Tashi memberitahu wartawan bahawa dia telah menanam sendiri 37 batang pokok semasa mengadakan penanaman pokok pada 1 Mei tahun ini dan berharap agar tasik Qinghai dapat berubah menjadi lebih jernih.

Penanaman pokok juga merupakan salah satu tindakan yang penting bagi membaikpulih ekologi alam sekitar yang dianjurkan oleh kerajaan provinsi Qinghai China. Penanaman pokok seluas kira-kira 950 ribu hektar di provinsi Qinghai, keluasan kehutanan di provinsi Qinghai telah meningkat 300 ribu hektar daripada 10 tahun yang lalu. Danizin Co berusaha agar membolehkan kampung halaman berubah menjadi lebih indah dan penduduk tempatan dapat mengamalkan kehidupan yang lebih baik.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |