Pada 8 Ogos 2003, sebanyak 56 buah perlombongan batu, kilang kimia, kilang baja dan kilang batu kapur yang terletak di lereng Gunung Barat telah ditutup. Mereka yang tidak memahami dan menentang kegiatan Zhang Zhengxiang pada masa dahulu telah mengubah pandangannya.

Zhang Zhengxiang berkata: "Terdapat semakin ramai orang termasuk bekas majikan perlombongan batu memahami usaha saya. Mereka telah mengubah pandangan dan menyokong kegiatan saya."

Zhang Xiumei, anak perempuan Zhang Zhengxiang berkata: "Keluarga kami menyokong usaha ayah. Beliau melakukan kegiatan perlindungan alam sekitar pada setiap hari. Jika ayah saya menginap di rumah orang dan berhutang, saya membantunya membayar hutang itu. Walaupun kadang-kadang ayah saya bergaduh dengan mereka yang dihalangkan kegiatan pencemaran terhadap alam sekitar, kami memahami usaha ayah dan kerajaan juga menyokong usahanya."

Pada masa sekarang, Zhang Zhengxiang telah menjadi terkenal di Kampung Fushan. Jika mendapati aktiviti yang mencemarkan alam sekitar, para penduduk kampung akan memberitahu Zhang Zhengxiang.
Puan Zhang Zheng'xiang, jiran Zhang Zhengxiang berkata: "Beliau melindungi Tasik Dianchi berdasarkan hasrat yang baik. Sewaktu kami masih kecil, air Tasik Dianchi agak jernih, ikan kecil boleh kelihatan dan kanak-kanak juga boleh berenang dalam air itu. Akan tetapi, air Tasik Dianchi telah menjadi sangat kotor pada masa sekarang. Kami akan mendapat faedah daripada usaha Zhang Zhengxiang yang giat melindungi Tasik Dianchi."
Dalam tempoh selama 20 tahun yang lalu, Zhang Zhengxiang telah menjalankan tugasnya menurut jadual waktu iaitu pada pukul 7:30 setiap pagi, meronda di Tasik Dianchi dan Gunung Barat dan pulang ke rumahnya pada pukul 8:00 hingga 9:00 malam. Oleh sebab perjalanan kaki yang kerap, Zhang Zhengxiang harus menukarkan kasutnya yang dipijak rosak pada setiap tiga bulan.
1 2 3 4
|