v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Etnik Minoriti di Provinsi Qinghai Amalkan Kehidupan Selesa Melalui Aktiviti Budaya.

2008-01-04 14:48:09 CRI

Penduduk etnik-etnik Tibet, Mongol dan Hui tinggal di provinsi Qinghai di barat laut China dengan sumber budaya etnik-etnik yang kaya-raya di sana. Kerajaan provinsi Qinghai China telah mengambil tindakan budaya untuk meningkatkan jumlah pendapatan, memandu petani dan penggembala etnik minoriti tempatan menggunakan budaya adat resam etnik mereka sendiri, mencari saluran yang meningkatkan jumlah pendapatan mereka ditingkatkan dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Kumpulan Nyanyian dan Tarian Etnik-Etnik Aisaimay telah ditubuhkan pada tahun 2004 terdiri daripada anggota etnik-etnik Tibet dan Mongol tempatan. Kumpulan itu sekarang seramai 520 anggota daripada 66 orang yang asalnya, mereka telah mengadakan pertunjukan kesenian di pelbagai tempat China selama 3 tahun ini. Jumlah pendapatan anggota telah meningkat belasan kaliganda daripada jumlah pendapatan penduduk kampung. Pengasas Kumpulan Nyanyian dan Tarian Etnik-Etnik Aisaimay yang juga pegawai kerajaan kaunti Pingan, Encik Wang Xuande berkata bahawa kumpulan itu pernah mengadakan pertunjukan kesenian etnik-etnik Tibet dan Mongol di beberapa bandar provinsi Qinghai dan mendapat sambutan baik. Beliau berkata bahawa para artis berasa sangat gembira kerana mendapatkan 12000 yuan RMB dalam pertunjukan kesenian selama beberapa hari itu. Anggota keluarganya berkata bahawa aktiviti budaya pada masa sekarang ini telah melatih anaknya, tetapi juga telah mendapatkan keuntungan.

Provinsi Qinghai merupakan tempat sumber air yang penting dan mempunyai kawasan penternakan yang luas di China. Disebabkan oleh faktor alam dan penternakan yang keterlaluan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ekologi alam sekitar di kawasan penternakkan Qinghai telah mengalami perosakan yang tertentu dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Strategi ekologi yang memulihkan penanam rumput di kawasan penternakan telah dilaksanakan di provinsi Qinghai bermula pada tahun 2003, menggalakan penggembala etnik-etnik Tibet dan Mongol yang tinggal di padang rumput dapat berhijrah ke Bandar. Demi membantu penggembala etnik-etnik Tibet dan Mongol yang berhijrah dari tempat asalnya dapat bersesuaian dengan kehidupan yang baru, kerajaan provinsi Qinghai telah menyediakan rumah kediaman, mengadakan latihan memandu kenderaan dan penanaman tumbuh-tumbuhan untuk penggembala, menggalakan kekuatan dari pelbagai lapisan masyarakat, memainkan peranan keistimewaan penduduk etnik-etnik Tibet dan Mongol yang gemar akan menyanyi dan menari, meningkatkan pembangunan pelancongan keistimewaan adat resam dan pertunjukan nyanyian dan tarian untuk meningkatkan jumlah pendapatan petani dan penggembala melalui aktiviti buaya yang mempunyai keistimewaan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |