v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kain Sutera Etles telah Mendatangkan Kehidupan Bahagia kepada Keluarga Nulmaymaiti

2008-01-25 13:04:29 CRI

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang terletak di bahagian barat daya China. Kebanyakan penduduk etnik Uygur tinggal menetap di sana. "Hetian" yang terletak di bahagian selatan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang terkenal di China disebabkan oleh batu jed, permaidani dan kain sutera Etles.

Etles bermakna kain batik dalam bahasa etnik Uygur. Kampung Geya dari Hetian merupakan laluan penting bagi "Jalan Sutera" untuk menyebarkan tamadunnya ke barat pada zaman silam. Menurut satu legenda pada zaman dahulu, dalam catatan sejarah lebih 1300 tahun dahulu, Puteri Wencheng dari Dinasti Tang yang berkahwin dengan Songtsan Gambo dari etnik Tibet bertujuan untuk memperkuat perpaduan antara etnik melalui cara perkahwinan dan ini telah terjadi di China sebelum Masihi lagi. Mereka telah membuat sumbangan besar dalam memperkuat perpaduan antara etnik, meneroka dan menjaga keselamatan kawasan sempadan.

Menurut dongengan, pada Dinasti Han kira-kira 2000 tahun yang lalu, seorang puteri pergi ke Xinjiang untuk berkahwin dengan raja di Xinjiang. Beliau telah menyembunyikan sebutir ulat sutera di dalam hiasan rambut panjangnya untuk dibawa ke mukim Geya terkini. Beliau rajin mengajar petani tempatan menternak ulat sutera dan menenun kain sutera. Hampir setiap keluarga petani tempatan pandai untuk mencetak kain sutera Etles pada masa yang lalu dan teknik kraf tanggan penenun kain sutera telah diwarisi secara turun-temurun sehingga sekarang.

Anggota keluarga Nulmaymaiti etnik Uygur sedang sibuk bekerja untuk menenun kain sutera Etles di sebuah kampung Geletugman mukin Geya Hetian itu. Datuk Nulmaymaiti merupakan seorang juru penenun kraf tangan veteran di mukim Geya itu. Menenun kain sutera Etles diwarisi daripada nenek moyang Nulmaymaiti. Beliau sebagai genersi ketiga semasa berumurnya 7 atau 8 tahun mulai belajar teknik menenun kain sutera Etles, berpengalaman selama 35 tahun setakat ini. Nulmaymaiti telah mengajat anak lelakinya menenun kain sutera Etles pada masa sekarang. Beliau dan isterinya secara khusus membeli bahan-bahan mentah dan menjual produk. Beliau berkata bahawa kami telah menenun lebih 4 ribu meter kain sutera Etles dalam sepanjang tahun dan jumlah pendapatan bersih sebanyak seribu yuan RMB. Kami telah membeli TV, peti sejuk, motosikar, menternak 8 ekor kambing pada masa sekarang.

Nulmaymaiti berkata bahawa seorang juru veteran hanya menenun 3 meter kain sutera Etles dalam sepanjang hari. Demi menyokong perusahaan kain sutera Etles, kerajaan tempatan telah menyediakan sebuah mesin menenun kain sutera kepada keluarga Nulmaymaiti pada tahun 2002. Kerajaan tempatan juga menyediakan modal kepada keluarga Nulmaymaiti untuk membaiki dan memugar bengkalnya pada tigha tahun yang lalu. Aybibuhan, isteri Nulmaymaiti berkata bahawa jumlah pengeluaran menenun kain sutera dengan kraf tanggan sebanyak sekayu dan jumlah pengeluaran kain sutera dengan menggunakan mesin tenun sebanyak 4 kayu dan permukaan kain sutera rata.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |