Kira-kira 1850 keluarga menenun kain sutera Etles yang sama dengan Nulmaymaiti itu di mukim Geya. Jumlah keseluruhan pengeluaram kain sutera di mukim itu mencatat 300 ribu kayu dan jumlah keseluruhan pendapatan mencatat lebih 10 juta yuan RMB pada tahun 2005. Kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang telah memperuntukkan modal yang khusus untuk membantu lebih ramai petani meningkatkan jumlah pendapatan menenun kain sutera. Kilang Kain Sutera Etles ditubuhkan di mukim Geya bagi merangsangkan pembangunan perusahaan tempatan. Pegawai kerajaan mukim itu, Encik Wang Zhengxiang berkata bahawa Kilang Kain Sutera Etles telah ditubuhkan selama 4 tahun, belanja pembangunan kilang dan mesin penenun telah disediakan oleh kerajaan mukim Geya untuk meningkatkan pembangunan perusahaan Etles.

Terdapat tidak cukup 20 orang juru veteran yang berteknik mahir menenun kain sutera Etles di mukim Geya pada masa sekarang. Kursus latihan dalam waktu tetap yang dianjurkan oleh kerajaan mukin telah diadakan. Dalam tempoh itu, juru veteran telah diundang untuk mengajar generasi muda teknik menenun. Mutalipu yang berumur 18 tahun ini, seorang anak lelaki kepada datuk Nulmaymaiti sedang belajar teknik menenun kain sutera Etles kepada bapanya selepas tamat dari sekolah menengah atas. Beliau berkata bahawa saya sedang belajar teknik menenun kain sutera Etles kepada bapa saya. Selepas itu, saya bercadang akan memandu kereta untuk menguruskan pengangkutan kargo dan penjualan. Saya berharap agar adik perempuan saya juga belajar teknik ini selepas tamat daripada sekolah menengah atas untuk menggantikan kerja saya ini.

Aybuhan, isteri Nulmaymaiti pernah melatih 4 orang pelajar. Beliau bercadang akan menjemput adiknya juga menguruskan kain sutera Etles untuk mengobarkan kraf tangagn tradisional ini. Nulmaymaiti berasa sungguh gembira kerana perlindungan dan pewarisan teknik kraf tangan tradional kain sutera Etles telah diberi keutamaan oleh jabatan budaya kerajaan tempatan. Jabatan Hetian yang berkenaan telah mendaftar untuk kain sutera Etles dapat dicatatkan dalam senarai warisan dunia bukan benda budaya supaya teknik kraf tangan tradisional itu dapat dilindungi dengan jayanya. Ketua Jabatan Budaya dan Kesukanan Hetian Encik Matkasmu berkata bahawa pada tahun lalu kami telah mendaftar kain sutera Etles termaktub dalam senarai warisan bukan benda budaya peringkat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan telah dilulus oleh Jawatankuasa Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ini juga didaftar untuk diluluskan oleh jabatan peringkat kebangsaan China. 1 2
|